Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Minyak angin aromatherapy Freshcare

Assalamualaikum.

2018 ni , umur  dah 49 tahun ,manakala  tahun depan dah jadi wargaemas dah kot ,inshaAllah. Apa yang paling ketara bila dah cicah ke ambang usia senja , banyak sudut boleh di edit . Bukan je wajah ketika selfie tapi iman dalam diri , silaturahim sesama ahli keluarga , tanggungjawab terhadap pasangan dan ahli keluarga lain juga masyarakat. Semua boleh diedit , semua boleh dinaik tarafkan. Kerana menurut  kata Ulama' , pada usia 50 tahun , kita hanya perlu menghitung apakah yang belum dibuat untuk mati. Tak perlu lagi berebut untuk dunia .

Namun ada sesuatu keadaan dimana orang berusia 50 tahun tak boleh nak edit edit atau naik taraf. Apakah ? Hehe sakit sakit badan. Otot cepat cramp , pinggang senang letih ,  sendi cepat lenguh . Ini akan dialami oleh semua wargaemas. Maq pun dah ada dah sikit rasa seperti diatas tu. Terutama bila pergi shopping , turun naik shopping mall . Letih nya semacam jek hehe.

Baru baru ni maq diperkenalkan oleh sesaorang dengan minyak ang…

Parut kenangan

Nota Maq : jangan biarkan anak kecil pegang atau membawa atau bermain dengan bahan  yang diperbuat daripada kaca , kemalangan berlaku dengan sekelip mata. Na'uzubillahiminzaliq ..

Faktor usia

Assalamualaikum

Nampaknya idea diblog maqnie nurseri ni makin lama makin lusuh , blog terbiar lengang tanpa kata kata. Mentang mentang blog peribadi katanya , asyiklah sunyi dan sepi .

Pada maq untuk apa menaip jika ayat tak beri semangat atau ayat makin menutup jalan untuk majukan diri.

Tak salah luahkan isi hati ,lagi lagi pada blog peribadi ,namun mustahil hasil anda tidak dibaca atau mustahil kata kata anda tiada yang terasa.

Berpada padalah dalam menyusun ayat. Tak kira di ruang komen mahu pun ditimeline sendiri.

Ada masa ,maq sendiri akan terlepas kata kata yang tak elok , dan bila maq sedar , cepat cepat maq akan delete ,supaya tak ramai lagi pembaca yang terasa hati.

Owh ,mungkin juga cara kita berbeza ,maq faham . Orang muda jiwa selalu panas dan cepat berbahang ,berbeza dengan peringkat emak emak ni , kadang hot ,kadang cool . Inikah yang dinamakan faktor usia?

Nota maq : ponteng puasa tahun lepas dah habis bayar kah ? Tanya jek .. 🙊


Gelora jiwa

Assalamualaikum.

Minggu ni dan minggu mendatang merupakan minggu penantian bagi maq dan ahli keluarga . Akhir March 2018 atau awal bulan April 2018 - anak sulong maq akan melahirkan anak pertamanya. Bila detik makin hampir , debaran terasa pula bagi pihak maq. Allah hu ..

Semoga dipermudahkan semua urusannya  dan proses melahirkan berjalan lancar . Apa yang maq dapat ungkaikan tentang perasaan ini untuk kalini ,


" penantian itu satu penyiksaan "


hehe dasyat kan?

Dulu masa sendiri nak bersalin takda pulak nak rasa macamni . Elok jek bawa perut ke hulu kehilir . Tapi bila giliran anak sendiri , macam macam rasa dah menjelma , Allah hu akhbar...



Nota bakal nenek : kekalkan Doa yang baik baik untuk semua , aamiin ya Allah..





Pengaruh

Assalamualaikum , selamat pagi buat semua seisi alam maya.

Harini Sabtu 3/3/2018 . Cepatnya masa berlalukan. Betapa ringkas Allah mencantas masa kita sehingga kita tak perasan 2020 dah tinggal setahun lebih je lagi. Ternyata ,kehendak dunia telah buat kita leka. Masa berjalan meninggalkan kita selaju roket diangkasa . Kalau dulu bila sebut wawasan 2020 , automatik kita kata ,

" eleh tah jumpa ke idok cik Peah oii ,lama bebeno lagi tu , 2020 ! "

Hehe itu dulu !

Dan harini juga bersamaan 16 jamadilakhir 1439Hijriah.  Apa yang maq pernah baca , mengikut kata sorang pakar agama , dunia hanya kekal selama hanya 1500 tahun hijriah ( selepas kehadiran Nabi Muhamad s.a.w. ) jika benar apa yang dikata oleh beliau , ternyata dunia ini dah tak lama dah lagi.

1500 - 1439 = ?

Sebagai hamba Allah , apa kah yang kita perlu lakukan? Ada baiknya kita fokus dunia dan akhirat. Nak fokus akhirat 100% pun nanti dunia kita terabai. Sedangkan cari rezeki pun ibadah dan dapat pahala . Melaksanakan…