Makan pil perancang keluarga punca badan naik?

Assalamualaikum.
Selamat malam menjelang pagi. Lewat tidur katanya antara punca berat badan naik. Makan tak tentu masa juga merupakan gejala yang serupa. Tapi bagi diri maq pula,kegemukkan badan usang ini bermula semenjak maq makan pil perancang pada awal tahun 1996. Masa tu selepas Ety berusia sebulan lebih.

Makan pil perancang boleh gemok? Takdalah. Apa yang berlaku dulu adalah salah maq sendiri. Maq terlalu kurang minum air masak, terlalu sibok dengan anak anak kecil hingga lupa tetapkan waktu makan yang betul. Waktu tu bagi maq , setiap masa adalah masa untuk makan.

Disebabkan maq menyusukan bayi maq 100% , makanya perut ini sentiasa lapar,lapar dan lapar. Dan antara lain puncanya ,maq kurang makan sayuran dan buah buahan. Kononnya tak kenyang dan bayi nak nyusu tak puas.

Allah hu lagi durhaka , maq lebih suka minum air bersusu. Maksudnya , teh ,milo , nestcafe semua letak susu pekat manis , jadi sekarang ni kesannya maq dah tanggung dah.. Dietlah apa pun ,badan tetap macam ni. Sampaikan satu tahap maq dah give up !

Selepas hampir 10tahun maq berhenti makan pil perancang , badan maq masih serupa. Tak slim pun hehe. Maka ternyata :

"makan pil perancang bukan punca berat badan naik "

Dalam menjelang usia 50tahun yang jatuh pada tahun hadapan, maq dah nekad , dalam pemakanan maq , maq akan lebihkan sayuran,buah²an dan air kosong.

Maq terpaksa abaikan kek kek coklat yang dah lama jadi makanan kegemaran, kuih kuih manis dan masakan bergoreng.

Pengambilan  nasi kenalah dalam kuantiti yang sedikit. Kurang kan makan roti dan biskut biskut. Anda rasa maq boleh lakukan? Okey ,kita tengok . Tak kurus pun tak apa , maq nak sihat jek sehingga ke usia senja maq nanti.. InshaaAllah.

Eh , apa kata dengar sikit penjelasan dari Prof Muhaya.


Comments