Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Jiran perihatin

Assalamualaikum.  Esok dah muncul 2018 . Di negeri Johor tak semua perkerja meraikan tahun baru. Esok ada warganegeri yang berkerja dan ada yang bercuti. Dan begitu juga dengan hari  Jumaat yang dianggap cuti hujung minggu . Namun hakikatnya tak semua Johorean bercuti pada tiap hari Jumaat. Ternyata kerjaya telah memaksa manusia nampak berbeza walaupun hakikatnya mereka berpijak dibumi yang sama. Cewah ayat kemain lagikan. Zaman sekarang manusia bebas bersuara. Rata rata orang sekarang boleh dikatogerikan sebagai orang yang berani! Ya semua sudut mereka sudah berani . Termasuk berani jumpa isteri orang ! Opss Tempohari rumah maq didatangi seorang hamba Allah yang berani. Beliau mengadu perihal kelakuan anak maq . Alhamdulillah , ini merupakan perkara terbaik yang dilakukan oleh sesaorang yang sangat perihatin. Maq terima semua kata kata beliau. Maq kenal perangai anak maq , maka aduan beliau memang maq terima . Malahan maq berterima kasih kepada beliau kena sudi menegur silap

Baca je bila free

Assalamualaikum. Perkongsian yang banyakkali dah maq jumpa dari group whatsapp. Okey ,hari ini dikongsikan dalam blog pula. 🍏Orang yang *menghidapi buasir* *TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi*.. 🍏Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.* 🍏sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita. 🍏orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah*TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.* 🍏Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok* 🍏95% kanser berlaku kerana stress* 🍏Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim* dan *tapak tangan kiri 81 enzim* yang *mampu membunuh bakteria* 🍏kalau nak kurus* senang aje. *Makan ikut sunnah Rasulullah* iaitu *40-100 kunyahan….* 🍏Nak mandi* kenalah *mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (e

Manfaati cuti yang sehari

Assalamualaikum. Sekali lagi maq menaip. Sekarang ni maq post entry pun kena yang biasa biasa je.  Kebanyakannya maq copy and paste dari whatsapp group. Allah hu , sekarang ni susahnya nak bersuara ,walaupun kat blog sendiri. Sikit sikit kena kecam , sikit sikit kena viral . Sikit sikit ada yang terasa ,sikit sikit ada yang nak sentap . Ntahlah.. Malas dah nak fikir lelebih , hidup  ini bukan lama pun lagi. Entah esok , entah lusa , entah entah kejap lagi. Kalau boleh detik tersisa ni sepenuhnya nak buat baik, nak senantiasa gembira dan ceria disamping ahli keluarga yang disayangi. Bulan 12 ni anak anak maq yang belajar tu dah berkumpul sebab cuti sem akhir tahun. Selain menghadiri undangan perkahwinan ,maq ada juga bawa budak budak yang bercuti ni bersiar siar. Namun disebabkan encik suami hanya dapat cuti pada hari Ahad iaitu hari "offday" aja, makanya kami tak dapat nak jalan jauh. Keluar pagi balik petang jelah mampu. Minggu lepas bawa anak anak jumpa Atuk dan m

Doa khatam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Ya Allah, rahmatilah kami dengan al Quran, jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya, berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang. jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam. Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup, perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami, jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa denganMu. Ya Allah, kami memohon kepada Mu

Hidayah Dari Allah

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian. NASIHAT DARI SYEIKHUL HADITS MAULANA SA'AD SAHAB AL KANDAHLAWI BARAKATUHUM Agar ALLAH tetapkan Hidayah pada kita: 1. jangan lihat keburukan orang lain dan jangan lihat yg bukan muhrim. 2. Niat amal untuk islah diri : semua perintah ALLAH anggaplah baru mengatahuinya. 3. Ada fikir dan risau seperti Rasulullah SAW : - bagaimana umat selamat dari azab ALLAH - bagaimana Amal Rasulullah SAW bisa hidup di seluruh alam - bagaimana usaha Nabi SAW bisa hidup di seluruh alam. 4. Pandanglah kebaikan orang lain dan selalu muhasabah diri & bertaubat atas kekurangan pada amal kita dan keburukan² diri kita. Untuk mendapatkan sifat ini semua, hendaklah jadikan maksud hidup Nabi SAW juga maksud hidup kita, yaitu hidup untuk dakwah, dakwah sampai mati dan mati dalam dakwah.  Asbab turunnya Hidayah: 1. Tholab , rasa ingin tahu & mujahadah 2. Ikuti perintah ALLAH : ibadah, usaha dakwah tabligh, hijrah & bermujahadah 3. Amalkan sun