Assalamualaikum. Esok dah muncul 2018 . Di negeri Johor tak semua perkerja meraikan tahun baru. Esok ada warganegeri yang berkerja dan ada yang bercuti. Dan begitu juga dengan hari Jumaat yang dianggap cuti hujung minggu . Namun hakikatnya tak semua Johorean bercuti pada tiap hari Jumaat. Ternyata kerjaya telah memaksa manusia nampak berbeza walaupun hakikatnya mereka berpijak dibumi yang sama. Cewah ayat kemain lagikan. Zaman sekarang manusia bebas bersuara. Rata rata orang sekarang boleh dikatogerikan sebagai orang yang berani! Ya semua sudut mereka sudah berani . Termasuk berani jumpa isteri orang ! Opss Tempohari rumah maq didatangi seorang hamba Allah yang berani. Beliau mengadu perihal kelakuan anak maq . Alhamdulillah , ini merupakan perkara terbaik yang dilakukan oleh sesaorang yang sangat perihatin. Maq terima semua kata kata beliau. Maq kenal perangai anak maq , maka aduan beliau memang maq terima . Malahan maq berterima kasih kepada beliau kena sudi menegur silap