Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Firstime berurusan dengan Poslaju

Assalamualaikum. Zaman serba canggih ni banyak benda rupanya kita kena tahu. Kalau maq , benda yang maq baru belajar ialah macamana nak gunakan perkhidmatan Pos Laju . Haa mesti lawak kan , benda dah bertahun tahun berkhidmat dinegara kita ini tapi maq baru belajar nak  belajar gunakannya? Sebelum ini semua urusan pos laju anak anak maq yang uruskan. Al maklom emak mereka ni tak reti memandu , tu yang tak lepas nak kemana mana. Dah nasib badan , mungkin dah ditakdirkan hanya dilahirkan sebagai penumpang bukan pemandu huhu ,  maq redha jek. Ahad lepas maq ada ke Pos Laju di Tesco Parit Raja . Di Pasaraya tu , poslaju nya beroperasi sampai malam. Tapi maq lupa nak tanya malam tu tutupnya pukul berapa. Tapi maq pergi  lepas isyak haritu , mereka masih lagi beroperasi. Waallah hua'lam. Nanti ya bila maq pergi lagi ke situ maq tanya kan , diaorang habis kerja pukul berapa . Janji ? Signboard Tesco Parit Raja Poslaju kat bawah sekali tu. Gambar ihsan dari google. Nak dij

Program pada usia yang tersisa.

Assalamualaikum. Alhamdulillah , harini Ahad yang cukup indah. Cuaca sekarang ni walaupun baru pukul 8.30 pagi tapi terik matahari sepertinya dah pukul 11 - 12 tengahari. Anda perasan tak? Ke , maq sorang jek yang rasa , almaklom snow white , huhu ,  ala, maq yang "perasan " rupanya . 😂 Semalam ,setengah hari masa maq dah habis kat kelas muslimah Taman Bukit Perdana. Bermula pukul 8pagi hingga ke pukul 12tengahari . Kami , para ibu yang tinggal ditaman ini sebenarnya dah buat satu group whats app ,iaitu group " al Quran dihatiku" . Dalam group tu setiap ahli kena baca 1juzuk alQuran untuk jangka masa seminggu. Dan bila dah cukup 30minggu , bermakna dah khatam lah kami ni , itulah sebabnya diadakan program khatam tadarus alQuran semalam. Semua aktiviti kami dipantau oleh Ustazah ustazah yang telah mendapat tauliah dari Pejabat Agama Johor. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kurang mahir ,kami berjaya lakukannya dengan bimbingan Ustazah ustazah kami. Terima kas

Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum. Sejak akhir akhir ini maq dah tak berapa mahir nak update post guna note book, lebih selesa guna android. Padahal keypad notebook lebih sesuai dengan jari maq yang gebu gebas ni. Gambar sebagai hiasan Apa pun kaedah , maq akan update juga apa yang maq nak . Sebab hanya menaip jek maq dapat lepaskan tekanan atau senang cakap , menaip boleh buat maq tenang. Mungkin anda tak percaya ,takpa. Itu adalah situasi yang maq rasa sendiri. Dan maq puas. Dalam blog ni ,kalau dulu dulu maq lebih pada pemerhatian pada masyarakat sekeliling. Tapi rasanya cukuplah setakat itu. Dan sekarang ,dalam blog ini maq hanya akan berkongsi tentang dunia maq SAHAJA.  Walaupun aktiviti maq tak sehebat aktiviti orang lain ,tapi maq akan taipkan diblog ini walaupun hanya masak jejemput ikan bilis ataupun cuma pergi ke pasar malam . Ya ,aktiviti yang pada orang lain , semua tu aktiviti yang tak hipster langsung , takpa , asalkan maq puas ! Pada maq kepuasan pada maq bukan sesuatu y

Air herba amalan Maq

Assalamualaikum. Selamat pagi pembaca yang dirahmati Allah . Pagi ini , pagi Jumaat yang sungguh tenang bagi maq ,bagi orang lain ? Waallah hua'lam. Harini maq nak kongsikan pasal air herba yang maq dah janjikan sebelum ni. Air halba madu. Mula maq kenal herba ni bila join group kat Facebook . Diaorang kata halba boleh buat badan segar bila bangun dari tidur. Dah ramai yang amalkan minuman tu. Pertamakali bila maq dapat info ,maq akan rujuk digoogle kebenaran yang diviralkan tu. Banyak info maq dapat . Ada banyak cara kita boleh minum air halba tersebut. Untuk sebagai minuman tambahan,maq ikut formula yang simple dan senang nak buat. Halba bersama madu. Halba Caranya: 3sudu makan halba 1sudu makan madu untuk 1cawan 1liter air Masak air bercampur halba sampai mendidih. Bila dah mendidih , padam api , tutup periuk supaya wap herba tak hilang. Sejukkan. Tapis air halba yang dah sejuk. Masukan dalam cawan ,masukan 1sudu madu ,baki air halba simpan dalam petisej

Maq kena tegur dengan pelajar KKM

Assalamualaikum. Alhamdulillah,kejap jek kita dah masuk ke bulan Safar 1439H. Usia bertambah dari sehari ke sehari. Makin laju masa berjalan,makin perlahan kita melangkah. Sebab usia semakin meningkat otot  tubuh makin cepat letih. Ternyata Allah dah tarik sikit nikmat kecergasan yang dah diperolehi di zaman muda dulu. Masa muda ligat kemain, dah tua gini kalau masih nak meligat ,nanti orang cakap orang tua dah buang tebiat. Dah tak sedar diri ,haa tu yang taknak tu. Makan minum diusia 48tahun pun dah makin kena kawal. Kalau dulu membujur lalu melintang patah , sekarang membujur ke melintang ke ,apa pun tak pandang lagi dah. Mahunya ketenangan dan kedamaian. SubhanAllah. Baru baru ni maq termengidam nak pekena minuman segera produk yang dah lama terlajak laris. Family maq minum minuman tu berbelas tahun dah. Daripada nenek maq sampailah kepada anak cucu beliau ,semua minum perl cafe ni. Dulu pernah juga maq minum tapi maq berhenti sebab kadang anak dara maq pun join minu

Naluri seorang ayah

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah wasyukurillah. Petang ni nak kongsi sikit cerita anak anak maq dan ayahnya. Nak kongsi cerita orang lain mungkin mustahil sebab nanti katanya jaga tepi kain orang pulak,huhu. Bila Along update kat status facebooknya : Maq pun rasa , hmm ,insha Allah nanti belilah rojak buah tu semata mata untuk Along. Tapi mustahil ahad minggu ini sebab ayah dia baru balik rumah pagi ahad tu ,mana mungkin dia nak memandu ketempat yang kurang lebih 2jam dalam keadaan mengantuk. Dulu dulu satu jam lebih jek Batu Pahat ke Muar ,zaman sekarang tak lagi sebab jumlah kereta yang terlalu banyak diatas jalanraya mempengaruhi tempoh masa perjalanan.  Lagi pun biasanya lepas balik kerja shif malam ,Ayahnya akan tidur dulu. Tetapi.... Pagi Ahad yang lepas , encik suami dah bersuara untuk ke daerah Muar. "Waw ! Serius lah ?" " Ya , serius ,lepas solat zuhor kita gerak" Allah hu ,tak sangka naluri si ayah lebih peka sekarang ni. "tapi

Putaran nikmat

Assalamualaikum dunia. Lama blog sunyi, bukan malas nak menaip tapi idea yang bernas takda nak dicurahkan dalam ni. Aktiviti harian asyik ulang benda yang serupa ,makanya malas nak update cerita yang ulang ulang macam astro. Opsss hehe .Harini maq sarapan ni: Nasi lemak homemade Sejak zaman serba serbi naik , nasi lemak pun kena masak sendiri bila nak makan katanya walaupun yang makan cuma dua orang.  Hehe itu bukan alasannyalah .  Sebab utama ialah semua bahan untuk memasak nasi lemak sudah ada dalam stock, dan mood rajin berlegar legar diminda. Maka terhasil lah seperti gambar yang diatas. Nasi lemak halia melengkor nama diberi ,😂. Dalam langkah menuju usia ke 50 tahun dua tahun lagi, citarasa dalam makan memang nampak ketara. Patutlah orang tua  tua agak cerewet bila nak makan. Semua orang muda masak tak sedap. Ikan kecik dah tak sedap. Ayam dah tak sedap.Kuih muih tak sedap ,makanan barat tak sedap, boleh kata serba tak sedap pada mereka. Kadang hati orang yang masak

Kek Coklat mudah

Assalamualaikum. Harini kerajinan lebih dari pada hari biasa. Disebabkan hal tersebut,petang ini lepas makan tengahari tadi maq pun siap siapkan bahan untuk buat kek pulak. Bila check stock ,rupanya margerin dah habis lah makanya Maq terpaksa gantikan dengan resepi  kek yang tidak perlu guna margerin . Okey cari punya cari , jumpalah resepi kek yang guna minyak masak. Resepi yang dikongsi dari group MAHN difacebook. Bawah tu resepinya. Kek kalini maq guna tepung kek naik sendiri sebab bahan tu ada dalam stock ,lagi pun maq tak berapa minat rasa bikarbonat dan baiking soda ,kalau tepung kek ,bikarbonatnya taklah rasa "kaw" sangat hehe orang dah tua memang cerewet sikit . Ikut pada resepi asal, kalau bakar , oven pada suhu 180` darjah  dan bakar dalam masa 45minit. Tapi pada maq , suhu ikut jenis oven masing masing kot. Sebab maq guna suhu 180darjah pada awal tadi, baru 20minit bakar ,asap dah keluar sesikit , dan yang hitam hitam atas kek tulah sebab suhunya terle

Jelatah epal

Assalamualaikum Anda pernah makan nasi minyak? Nasi baryani ? Selain lauk kambing , ayam atau lembu . Nasi itu akan dilayan dengan kuah dalca serta jelatah ( rojak nenas ) kan? Menu rojak nenas tu hanya sebagai pembuka selera. Selalunya orang tak makan banyak. Buat ada ada jek atas pinggan. Kekurangan rojak nenas ni bila dihidangkan dimajlis majlis, kalau kita makan masa baru lepas dibuat tu memang sedap tapi bila dah petang nanti , sayuran dan buah yang dicampur dalam rojak tersebut akan benyek ,lembik dan penuh dengan air . Mungkin dari air timun dan nenas. Dan silap gaya akan rasa masam dan tak sesuai dimakan lagi. Membazir.. Baru baru ni maq ada menonton video live  seorang chef. Beliau tunjukan rojak /jelatah itu dibuat guna buah epal hijau. Maq pun tengok terliur. Dan bila buah epal memang ada dalam peti ais dan nenas pun ada dalam stock ,maq pun cuba buat. Selain tahan lama , rojak / jelatah tersebut tidak berair sangat. Epalnya masih rangup , Ya , sedap sangat! Anda n

Kenali warna urine

Assalamualaikum Seminggu dah blog sunyi. Idea apa pun takda sekarang ni. Makanya takda apa yang dapat dikongsikan. Kadang tu idea ada tapi masa untuk menaip pulak takda , lama lama idea tu lesap macam tu jek. Tak sempat nak simpan dalam draf ,hmm orang lamalah katakan , daya ingatan makin lemah , sebab memori kad dah full , hmm kalaulah boleh format macam minda gadis 17tahun ,huhu " angan angan mak jenin" Okey ,harini maq nak kongsi pasal air kencing kita. Maklomlah kan zaman serba serbi instant ni , ada dikalangan kita ambil macam macam jenis makanan tambahan untuk macam macam kegunaan seharian.  Tanpa mengambil kira risiko pada buah pinggang dan kesan sampingan lain pada tubuh badan. Ingat , apabila buah pinggang bermasaalah, salah satu tanda awal ialah air kencing bertukar warna. Selain tu mungkin kerap ada rasa sakit sakit dipinggang . Jadi apakata kita tengok gambar dibawah ni. Warna air kencing anda yang mana satukah harini? Kalau keliru , silalah ke tandas semu