Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Hargai peluang yang ada

Assalamualaikum.

Harini Jumaat , harini maq ponteng kelas fardhu ain sebab takda kawan nak buat teman jalan kaki ke kelas muslimah Bukit Perdana tu. Walaupun perjalanan yang ambil masa 10/12 minit tu pun  rasanya merbahaya jika jalan sorang sorang ,manalah tahu ada penculik ,kesian maq nanti. Dan tua bangka kena culik , hee perasan jek ,entah entah van pun tak muat nak sumbatkan maq dalamnya , almaklum king size katakan ya ,๐Ÿ˜‚.

Harini yok sembang pasal hargai peluang. Kalini peluang yang layak dihargai oleh orang perempuan ialah bila dia dah menjadi isteri orang tetapi dia masih dibenarkan berkerja diluar dan bercampur dengan ramai orang. Seronoknya !

Ya , anda layak bersyukur. Jika suami anda beri anda banyak peluang. Kalau isteri orang lain hanya terperap dalam rumah jaga anak keliling pinggang, tapi anda dibenarkan meninggalkan anak demi aktiviti kegemaran anda. Tak semua orang perempuan dapat peluang seperti itu.

Ada sesetengah isteri,balik kerja terus cari anak , layan karenah a…

Cara kita berbeza

Assalamualaikum.

Maq baru selesai memasak untuk makan tengahari ini. Ala , masak lauk simple jek ,kari ikan siakap, sayur goreng, telor dadar rangup dan sambal tumis bilis. Nah ! Simple sangatkan? Alhamdulillah , itulah rezeki hari ini.

Mari maq nak kongsi satu pengalaman maq bila sembang pasal masak memasak.

Dulu , masa baru berkahwin ,satu apa pun maq tak pandai masak. Goreng ikan pun lemau ,tak garing. Masak sambal tumis tak berasa. Apatah kari ,asam pedas ,masak lemak ciliapi , semua rasa hambar . Mangsanya pastinya encik suami. Kesian dia mesti tiap kali nak makan tekak dia nangis. Hmm.. Loya...

Bila kita tak pandai ,apa kita buat? Ya ! Belajar. Tanya ibu ,tanya jiran ,tanya emak mertua. Jangan malu! Itu cara maq dulu dulu. Al maklom , dulu mana ada facebook yang macam sekarang ni. Sekarang group memasak dah 7/8 group. Page memasak dah ratusan macam macam versi page ada ,kadang versi tamil pun layan ,haha asalkan dapat ilmu ? Kan? Anda layan kan page masak versi tamil tu ? Makci…

Diam bukan sombong

Assalamualaikum.

SubhanAllah,
Alhamdulillah,
La ilahaillah,
Allah huakhbar.


Maq dah ambil masa anda. Pembaca yang dirahmati Allah. Terima kasih kerana anda senantiasa peka dengan penulisan maq. Yang mana semua hasil idea ini bukan maq dapat dari mana mana pusat pengajian tinggi atau buku buku rujukan terpilih tetapi maq perolehi dari pengalaman dan dari pemerhatian seharian maq sahaja. Maq akan berkongsi selagi hayat ini masih ada. Insha Allah.

Allah hu Robbi , rasa berdebar bila fikir tentang hayat. Sebab kematian datang tidak beritahu kita. Dan bila sehari umur bertambah , sehari jugak kematian kian menghampiri kepada kita. Maha suci Allah..

Kebanyakan manusia takut mati. Betul ke bohong ? Semuanya tertakluk pada diri masing masing. Bila sesaorang dah puas berusaha ikut semua suruhan Allah tanpa mengeluh sedikit pun , dia bersedia menanti hari matinya. SubhaAllah..

Tetapi bila manusia menganggap dia masih muda , dia kena bekerja keras untuk kehidupan dunianya , dia takut bila orang…

Minda aras bawah

Assalamualaikum.

Salam 2Muharam 1439 Hijrah. Alhamdulillah wasyukurillah. Sehari lagi umur ditambah. Semoga kita semua mendapat umur yang bermanfaat.

Kenapa tajuk entri ada perkataan MINDA?

Minda , akal , otak ,pemikiran tu semua hampir serupa maksud dia cuma kalau kita cari makna lagi mendalam adalah beza sikit sikit.

Ceritanya macamni :

Semalam ,lepas maghrib lebih kurang pukul 8.00malam macam tu , maq , suami dan anak bongsu pergilah ke Aeon Big Batu Pahat . Kebetulan  Aeon ada buat diskaun untuk barang keperluan dapur dari 22/9-27/9/2017. Antara barang barang yang di offer kali ini seperti :

Bawang besar sekilogram RM0.80
Bawang putih sekilogram RM4.80
Kentang  sekilogram RM0.80
Ayam sekilogram RM4.80
Ikan siakap seekor RM4.80
Sabun cuci pakaian fab 2.3kilo RM7.80

Ada banyak lagi sebetulnya tapi maq malas nak taip. Atas tu hanya antara barang yang sempat maq beli ,tu sebab maq ingat.

Okey , lepas siap beli ,kami pun keluar dari Aeon Big menuju ke kawasan parking kereta. Apakah ? …

Hijrah itu pengorbanan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah ,gambar atas inilah doa yang tiap pagi maq akan dapat dari group GBGS . Group apakah ? Huhu group whatsapp sekolah. Antara kelebihan group ni , rutin setiap pagi akan dimulakan dengan doa 12pintu , ya ,maq ulangi SETIAP PAGI !! dah kami ahli group yang lain cuma mengaminkannya jek , terima kasih sahabat. Allah selamatkan kalian dunia akhirat.

Apa khabar Batu Pahat?

 Ya ,cuaca sekarang , sekejap panas ,sekejap hujan ,sekejap gerimis dan kadang mendung pulak berlabuh sampai ke petang hari. Alhamdulillah pada tiap nikmat Allah.

Orang kata musim hujan sedap tidur huhu memang sedap tapi bukan bagi maq , kerana bila pengasuh tidur , apakah bakal terjadi kat anak anak asuhan? Diaorang sejak kebelakangan ini dah susah dah nak suruh  tidur siang. Akal sedang rancak berhubung agaknya ,hehe.

Berkaitan tajuk entri , " Hijrah itu pengorbanan"

Maq nak tujukan khas buat keluarga muda yang sedang nak mula mengharungi gelombang rumahtangga.

Susahnya nak hidup …

Sakit yang sakit

Assalamualaikum.
Hari ini masuklah hari ke 3 maq kena makan ubat. Ada dua jenis ubat , satu ,ubat lembut urat dan kedua ubat tahan sakit. Kedua nya ditemani dengan krim panas. Semua ubat yang disenaraikan itu merupakan ubat apabila otot pinggang  cedera. Kata doktor otot akan membengkak akibat diurut ketika ianya sedang sakit. Okey ,semua ini silap maq.


Pada hari pertama maq sakit pinggang ,maq masih boleh aktif lagi. Semua aktiviti rumah tangga dan mengasuh maq masih mampu buat. Sehinggalah pada :

hari Jumaat (15/9/2017) pinggang maq dah mula rasa ketat. Nak pusing kiri sakit,bongkok sakit,pusing kanan pun sakit, berdiri jek selesa tapi sampai bila maq nak berdiri? Untuk melegakan sakit maq tampal ni. Lihat gambar bawah.


Tapi pada hari sabtu (16/9/2017) maq dah mula rasa pedih pedih dipinggang , seperti ada sesuatu yang dah melekat kat pinggang sehinggakan maq terpaksa cari tukang urut datang kerumah.

Ya , hari itu jugak ! Petang sabtu tu jugaklah maq pun diurut satu badan termasukl…

Remaja,Masyarakat dan ibubapa

Assalamualaikum

Alhamdulillah ,masih diberi peluang meneruskan hidup dibumiNya.

Malaysia dikejutkan dengan peristiwa menyayat hati beberapa hari lalu dengan khabar berita kematian pelajar pelajar tahfiz serta dua wardennya sekali. Kesan kesedihannya hinggalah ke hari ini. Allah hu..

Apa yang mengejutkan lagi peristiwa pilu itu dilakukan oleh kanak kanak dan remaja bawah umur . Bila disebut bawah 21tahun, automatik kita kata akal mereka bukan matang lagi. Mereka belum cukup dewasa. Namun apa yang memeranjatkan kita , cara kemalangan itu sepertinya dilakukan oleh orang dewasa yang profesional! MasyaAllah.

Ini pendapat maq :


Apa yang terjadi sebelum sebelum ini ,buatlah ikhtibar. Perangai anak adalah hasil dari didikan ibubapa mereka. Jika anak sejak kecil sudah didik dengan agama , terutama penjagaan solat 5waktu , insha Allah , perangai mereka , pemikiran mereka , aktiviti mereka jauh dari perbuatan keji dan perbuatan yang tak masuk di akal. Sesungguhnya dengan bersolat , ianya dapat …