Assalamualaikum. Harini Rabu 30hb Ogos 2017 masihi bersamaan 7hb Zulhijjah 1438 Hijrah. Hujung bulan September nanti masuk sudah tahun baru Hijrah (bulan Muharam) 1439. Dapatkah masa menunggu kita? 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah adalah masa terbaik untuk tambah amalan? Ya Betul. Kalau kita lihat pada bulan Ramadhan , 10 malam terakhir adalah malam malam dimana umat islam bersungguh sungguh mencari pahala kerana antara malam malam tersebut akan belakunya malam lailatul qadar, selain mereka meraih pahala dari berpuasa , sedekah ( bayar zakat fitrah) dan solat solat wajib dan solat sunat terawih. Begitu juga dalam bulan Zulhijjah. Ditanah suci Mekah manusia berpusu pusu mengerjakan ibadah haji , di serata dunia , muslim dan muslimah berpuasa ,bersedekah daging qurban , bertakbir dan bertahmid ,zikir serta melakukan solat wajib dan juga solat solat sunat. Allah hu , dan apa yang lagi indah dengan adanya hari Arafah. Dimana tahun ini ianya jatuh pada 31 Ogos 2017 , lepas