Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Hikmah 10 terawal dan terakhir

Assalamualaikum. Harini Rabu 30hb Ogos 2017 masihi bersamaan 7hb Zulhijjah 1438 Hijrah. Hujung bulan September nanti masuk sudah tahun baru Hijrah (bulan Muharam) 1439. Dapatkah masa menunggu kita? 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah adalah masa terbaik untuk tambah amalan? Ya Betul. Kalau kita lihat pada bulan Ramadhan , 10 malam terakhir adalah malam malam dimana umat islam bersungguh sungguh mencari pahala kerana antara malam malam tersebut akan belakunya malam lailatul qadar, selain mereka meraih pahala dari berpuasa , sedekah ( bayar zakat fitrah) dan solat solat wajib dan solat sunat terawih. Begitu juga dalam bulan Zulhijjah. Ditanah suci Mekah manusia berpusu pusu mengerjakan ibadah haji , di serata dunia , muslim dan muslimah berpuasa ,bersedekah daging qurban , bertakbir dan bertahmid ,zikir serta melakukan solat wajib dan juga solat solat sunat. Allah hu , dan apa yang lagi indah dengan adanya hari Arafah. Dimana tahun ini ianya jatuh pada 31 Ogos 2017 , lepas

Kek Zaman Dulu

Assalamualaikum. Alhamdulillah untuk tiap nikmat Allah. Malaysia tewas dalam permainan bola sepak malam tadi. Kata kawan kawan digroup whatsapp , biarlah Thailand ambil emas ,Malaysia dapat perak. Kalau Thailand ambil perak , orang Perak nak duduk mana? Hehehe pandai diaorang bergurau ya . Semata mata nak legakan hati untuk kekalahan semalam. Anda suka buat kek? Pernah tak masak kek tapi tak memuaskan hati anda? Contohnya kek maq masak haritu. Tengok gambar. Kek naik tinggi ditengah dan merekah. Puncanya ialah tepung terlebih. Macamana cara nak sukat tepung untuk adunan kek? Guna sudu , cedok satu persatu sudu untuk dimasukan dalam sukatan cawan. JANGAN tuang tepung masuk kedalam cawan , nanti tepung yang masuk tu terlalu padat. Dan hasilnya nanti macam kek kat atas tu. Kek apa tu ? Itu kek resepi lama. Maq jumpa dalam buku resepi lama maq. Nak cuba ? Bahan bahan : Tepung kek 2cawan ( dah siap penaik ) Gula 1 cawan Marjerin 1 cawan Esen vanila 1 sudu makan Telur 3

Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum, Alhamdulillah , harini dah mula dah cuti sekolah penggal yang ke dua. Bila musim cuti sekolah ,musim juga orang buat majlis perkahwinan. Dan harini , Sabtu 26hb Ogos 2017 , maq dah pergi 3 undangan perkahwinan. Alhamdulillah walaupun pergi dengan kawan kawan , tanpa encik suami disisi ,maq selamat pergi dan sudah pun selamat sampai dirumah saat ini. Terima kasih Puan Aspalela dan suami kerana bawa maq dan kawan kawan lain ,Allah jek balas budi baik kalian berdua. Pada pendapat maq majlis yang diuruskan oleh pihak katering sudah pun jadi trend di zaman sekarang ini. Emakbapak dan pengantin hanya perlu sediakan wang dan  buat pilihan untuk semua yang hendak dipersembahkan dimajlis bersejarah tersebut. Apabila semua sudah tersusun rapi oleh orang katering, orang yang paling bertanggungjawab ialah Pihak pengurusan katering itu sendiri.  Dari sudut makanan , kebersihan ,layanan sehinggalah kelancaran pengurusan. Bila tiba hari yang dinantikan emakbapak pengantin d

Resepi mudah

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih mampu menaip ,walaupun masa sangat terhad sekarang ini. Masa itu emas. Harga emas pun dah nak RM200/gram . Eah betul ke bohong ni? Lebih kurang gitulah. Emas macam kehidupan kita juga,kadang naik ,kadang turun . Soalan bonus  : Apakah yang naik semadang  tanpa turun? Ya , hanya harga minyak sahaja yang semakin naik dan hanya hujan sahaja yang selalu turun. Keputusan muktamad ! Sekarang ni , bila musim hujan , musimlah perut lapar , kan? Kalau orang yang rajin keluar , yang pandai drive atau boleh bawa motorsikal , dah boleh cari lokasi menjual bahan penyedap usus , sebab sekarangni kedai jual makanan dah boleh jumpa disetiap sudut  kawasan.  Tapi bukan macam maq . Sebab maq tak pandai pandu kereta atau tunggang motorsikal , pengalaman kayuh basikal pun boleh jahanamkan dua biji tayar ! Hehe bahaya kan? Jadinya bila hujan dan lapar , maq akan selongkar resepi resepi yang mudah yang ada dalam group Masak Apa Hari Ni yang ada difacebook. Cari lah

Sembang kosong

Assalamualaikum. Selamat Petang semua. Blog orang tua memang macam ni ya. Dua tiga hari baru update entri? Lain lain hanya bunyi cengkerik. Hehehe " i am me ! " Sejak dua menjak kebelakangan ini , kita dapat lihat macam macam kes rumahtangga sudah terpapar dilaman social tanah air. Tak kira retis atau tidak semuanya melihatkan rumahtangga dan permasaalahan. Kalau maq terbaca kisah rumahtangga yang bermasaalah , pertama kali maq akan lihat tempoh perkahwinan mereka. Dan rata rata masih baru lagi mendirikan rumahtangga . Ada yang setahun , ada dua tahun , ada yang belum setahun pun lagi dah bermasaalah.  Mesti orang keliling akan cari salahnya siapa . Suami dia kena kecam , isteri dia kena kecam ,orang ketiga dah pastilah kena hentam ! Sejujurnya maq katakan disini , penyesuaian itu bukan ambil masa 2/3 bulan , bukan juga 2/3 tahun ,malahan kadang kadang dah bermenantu pun masih takda kesefahaman.  Jadi kalau tak sefahaman kena berpisah lah ya? Hahaha silapnya disitu.

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik s

Fiesta yang menghampakan

Assalamualaikum. Alhamdulillah , kejap ada kejap takda idea menaip maqnie ni kan? Allah hu , bila dah banyak sangat aktiviti rumahtangga , memang tak menyempat nak pegang keypad handphone atau notebook tu. Lahai pakkal blog peribadi ,kalau blog cari duit, memang keringlah pendapatan maq tiap bulan hehe. Kalau anda masih ingat , bulan lepas maq ada promote Fiesta makan durian kat Angsana ,Johor  Bahru tu? Masihkah kau ingat? Okey kejap maq tunjuk iklan dia dibawah ini. Dan sekali lagi soalannya "masihkah kau ingat?" Untuk pengetahuan anda , rata rata pengunjung tidak berpuas hati dengan fiesta kali ini. Kata mereka : " durian harganya MAHAL gila sey !" " nak makan durian ada pulak kena peram dulu ek ! " " tak tahu nak kata apa ek , sama ada fiesta durian atau fiesta tokey durian tu, ek ?" "bukan durian tempatan, durian datang dari negara jiran di utara sey" " tak puashati langsung ,doh , datang jauh jauh , bil