Assalamualaikum. Ramadhan ke 15. Masya Allah , pejam celik masa berjalan. Lagi dua minggu ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Pantasnya masa berlalu. Kehebatan ramadhan yang datang sebulan dalam setahun ini tak pernah nak tunggu kita. Siapa cepat manfaatinya , dialah yang akan dapat lebih. Semoga Allah terima semua amalan kita dibulan mulia ini. Aamiin ya Allah. Baca tajuk entri kali ini ! Okey sebagai orang lama yang dah nikah hampir 24 tahun pada tahun ni. Maq nak pesan pesan lah sikit. Pertama pasal isu nikah diusia muda. Ramai orang cakap , kahwin awal ( bernikah dalam usia muda ) adalah tidak wajar. Kerana masing masing belum puas nak rasa enjoy. Masih punya citarasa dan naluri remaja di usia itu. Nanti keluarga terabai dan mereka lebih fokus kat kawan kawan , betul ke? Pada maq , semuanya bergantung pada kebijaksanaan pasangan itu sendiri. Bila mereka rasa , selepas nikah mereka dah ada penambahan tanggungjawab baru , secara automatik mereka akan kurangkan naluri na