Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Buat muka

Assalamualaikum Selamat bercuti. Selamat hari pekerja buat semua pekerja di seantero dunia. Tanpa anda, takkan ada matlamat ekonomi sesebuah negara. Fuh ayat tak mahu kalah tu. Huhhu Tapikan sebagai dugaan , makin rajin kita bekerja ,makin mahal pulak harga barangannya. Berbelanjalah berdasar kan keperluan. Jadilah pengguna yang berkerja yang bijak! Harini maq nak ajak sembang pasal orang lelaki . Orang lelaki yang dah masuk usia lewat 40 an , mereka ni memang susah nak diajak berselfie.Kenapa ya? Malu ? Atau tak mahu nampak "gelemer" ke apa ya? Adeh.. Contoh tak jauh. Yang disisi maq je ni ha ( encik suami ) Bila maq ajak selfie , macam macam muka dia buat. Tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni ,aduhai ..kejam tau hahaha Gaya tu maq rasa kalau baby buat comel la kot . Letih lah maq dok tersenyum tersengih depan screen handphone , spoil je bila dia buat muka . Nak nangis je rasa hahaha. Nota maq : Cuba lah posing macam gambar atas ni , sumpah s

Sejarah Parit Sulong

Assalamualaikum Sekali lagi berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; mohamad sindi sabilan " Aku dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan aku, sana sini JedarJedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem...skg lokasinya ialah Komplek peladang jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah  nenek aku yg menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana disekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan2 menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menangkap membunuh , meny

Sejarah kampungku

Assalamualaikum Harini maq nak kongsi sejarah kampung kampung yang terdapat didaerah Batu Pahat ini. Untuk pertama kalinya perkongsian ini berunsur sejarah tulin negeri. Semua yang maq kongsi ini juga maq perolehi dari laman facebook . Kiranya maq hanya copy and paste aja lah ya. Tujuan perkongsian : supaya orang kita di Batu Pahat ini kenal asal usul diri kita dan dapat mengetahui sejarah kawasan tempat tinggal kita sendiri. Kampung pertama maq nak kongsi ialah : kampung Sri Medan ,Batu Pahat.         SRI MEDAN , BATU PAHAT Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan, nama ini diubah semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof. Sri Medan merupakan nama tempat asal

Alfalfa minuman tambahan

Assalamualaikum... Alhamdulillah wasyukurillah. Anda nampak minuman dalam botol dibawah ni? Itulah salah satu minuman tambahan maq. Macam pelik je kalau cakap minuman tambahan. Selalunya orang hanya cakap makanan tambahankan ? Hehhee takpa janji ada perkataan tambahan. Dan ianya tidak membawa maksud nasi tambah atau kelas tambahan tau ! Apa keistimewaan air alfalfa ini? Ia mengandungi banyak khasiat meneral dan vitamin. Sehinggakan ianya dipanggil ibu segala makanan. Apa rasa airnya ? Sedap ! Rasa daun . Kenapa maq minum air tambahan ini ? Kata orang mencegah lebih baik dari mengubati ,jadinya maq ambillah air ini hanya sebagai 'bahan pencegahan' . Mana nak dapat? Setakat ini di Batu Pahat ni maq baru jumpa 2 lokasi yang ada jual . - di pasaraya Cawboy , Jln Kluang - di Azhar food ,Rengit. Mungkin ada ditempat lain tapi maq belum pergi tempat tu. Hehhee Harga ? Murah je . Sama dengan harga air soya sejuk kat pasar malam pesta tu. Tak sampai pun r

Faedah online

Assalamualaikum.. Bila kita dapat peluang untuk melayari sesuatu laman social , ambil manfaat didalamnya. Laman social ni jika kita buat ianya satu sudut nagetif ,makanya nagetiflah hasilnya tapi bila kita ambil pada sudut positif ,makanya hasilnya turut positif. Bila ditanya apa faedah maq online twitter ? Jawapan balas maq , bila kita kurang ilmu pada sesuatu bidang ,kita kena follow orang yang berkaitan dalam bidang tersebut. Harini maq nak kongsi hasil yang maq dapat dari follow geng farmasi kat twitter . Harap harap perkongsian ni boleh beri anda sedikit ilmu pengetahuan. nota maq : Ada banyak info berguna dari geng farmasi Otai. Kalau anda ada akaun twitter follow lah. Tak rugi rasanya . Sesungguhnya sihat tak boleh dinilai dengan wang yang berjuta. 

Bas Muafakat Johor

Assalamualaikum .. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam menangani fenomena kesesakkan jalan raya ,baru baru ni maq ada dapat info mengenai perkhidmatan bas percuma untuk warganegara Batu Pahat. Namun kesahihannya masih belum terjawab sebab maq belum lagi keluar ke terminal Batu Pahat untuk tengok bas bas tersebut. Nama bas : bas Muafakat Johor Penumpang : semua warganegara. Bukan warganegara tak boleh naik. Cas perkhidmatan  : beli kad rm 10 , boleh pakai 12bulan ( 1 tahun ) Kawasan terlibat : terminal Batu Pahat - jalan Soga - jalan Sultanah - jalan Zabedah - jalan Rahmat - bulatan Simpang Rantai - jalan Pejabat - jalan Zahara - jalan Kolam Air - jalan Daun Payung - jalan Tukas - jalan Susur Zamrud - jalan Ampuan - jalan Dato Syed Esa - jalan Pantai - jalan Shabandar -jalan Temenggung - terminal Batu Pahat. Semua jalan terlibat adalah jalan yang memang hari hari alami kesesakkan di bandar ini. Makanya orang Batu Pahat dah boleh buat perancangan untuk memberi respo

Kolesterol dalam badan

Assalamualaikum.. Syukur alhamdulillah ,kita masih mampu bernafas dalam suasana tenang dan selesa. Maq nak kongsi apa yang maq dah baca pasal kolesterol dalam badan. INFO SIHAT :-Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh. 1. Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu. Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan lenguh-lenguh sebagai gejala awal tanda kolesterol yang tinggi. Gejala ini muncul disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tidak tajam, hanya berat kepala sahaja. 2. Tanda kolesterol tinggi yang lain adalah cepat mengantuk, terutama bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi, contohnya trigliserida yang normal dibawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol. 3. Selain itu, jika sering merasa semut-semut. Kadang-kadang kesemutan ju

Hati seorang ibu , jiwa seorang ayah

Assalamualaikum Alhamdulillah , harini 2 orang lagi sahabat sekolah menengah maq telah selamat menerima menantu. Keduanya dapat menantu perempuan ! Seorang sahabat berada di Kuala Lumpur , manakala seorang sahabat lagi berada di Johor. Tahniah ! gambar dari google Amat ketara perbezaannya apabila orang lelaki dengan orang perempuan ni kahwinkan anak . Jika kita lihat bapak pengantin bila anak dah selamat dinikahkan dengan isterinya , dia dah boleh senyum tenang. Dia dah mula rasa lega. Biarpun dalam hati ada sediki terasa sikit sayu mungkin , namun dia anggap hal tu seakan biasa. Ditepisnya kesedihan tu jejauh. Berbeza dengan situasi seorang perempuan bila mana anaknya selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya , hati sayu si ibu itu dua tiga hari belum tentu pulih lagi. Malahan makan bulan !  Jangan kata anak orang lain , situasi yang serupa maq dah alami , saat anak dinikahkan dengan suaminya tempohari , maq dah sebak sayu ,pilu hiba , sedangkan ayahnya rileks je. Situas

Tips jadi pengasuh

Assalamualaikum.. Alhamdulillah , rajin pulak harini maq nak berkongsi tips . mesti ramai dikalangan suri rumah yang teringin nak jadi pengasuh ,memandangkan zaman serba serbi menaik dan takda langsung niat untuk menurun. setiap saat adalah wang ! salah satu caranya ialah ,jadi babysitter ( pengasuh )  atau biasanya orang akan tanya maq macam ni.. **~ ko kerja ape ni ?? ^^~ saya jaga budak je kak.. **~ oowhh ... ye, hanya jaga budak budak , bapak budak ,datuk budak ya tidak ! haha . bahaya ! okey lah, kalini maq nak berkongsi tips macamana nak jadi seorang pengasuh yang tak payah nak peningkan kepala untuk urus anak asuhan. Kita mulakan dengan pengurusan MASA !  1 , setkan masa jagaan anda . Kalau masa anda lapang itu hanya ketika waktu siang hari , anda tidak lah digalakan mengasuh lebih waktu sehingga malam hari, ini akan mengganggu masa anda bersama keluarga anda. 2 , jika anda nak jaga baby yang parentnya kerja 8-5 , anda kena kira waktu baby itu dihantar ,bukan w