Assalamualaikum.. Alhamdulillah ,sebagai manusia kita selayaknya senantiasa bersyukur jika setiap saat diberi kesihatan yang memuaskan dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna dan bertenaga. Zaman serba cangih ni, makin ramai manusia melakukan kerja yang mencabar. Antara perkara mencabar itu bagi maq ialah memutihkan kulit ! Mereka memang berani tanggung risiko ! Mereka juga berani buat kerja yang boleh memudaratkan orang lain yang tak tahu apa apa selain nak cantik ! Tapi mereka tahukah apa hukum mengubah ciptaan Allah sehingga mendatangkan mudarat ? Semua tu orang dah tak ambil peduli , apa yang mereka nak , bisnes mereka jalan , pelanggan pula nampak cantik dengan kulit ala ala k- pop . Kalau kita lihat di instagram je ,pelbagai jenama ,dan macam macam produk yang kononnya boleh buat kulit jadi putih melepak. Dan baru baru ni maq difollow oleh seorang pengusaha Kecantikan yang terdapat dikawasan tempat tinggal maq ( Batu Pahat ) Setiap minggu /bulan ada je promosi y