Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Bercinta zaman sekarang

Assalamualaikum Bercinta di zaman serba serbi direct to public ni  , banyak sangat bezanya dengan zaman  maq muda muda dulu bercinta  ( era 90an ). Orang sekarang kalau bercinta 3 hari dah buat relationship kat fb , edit nama kekasih jadi 1 nama paling sweet kat wechat , bubuh gambar kekasih kat whatsapp , letak nama kekasih sebagai nama kedua di twitter . Segalanya hanya kamu katanya. Masuk 3 bulan , gambar berdua dah bersepah sepah disemua laman social , berkepit macam pengantin baru , pergi shopping , pergi picnic , pergi mandi taman tema ,pergi zoo , kalah orang yang dah kawin . Orang dah kawin pun kadang suami/isteri dia bergambar jauh jauh sebab anak anak ditengah. Masuk 13bulan , kerap gaduh , cemburu menjadi jadi , moment ,status ,tweet diaorang update dah tak fikir orang keliling . Maki lah , kutuk lah ,padahal kekasih sendiri tu .*Orang yang diusung kehulu kehilir* sikit pun tak rasa malu dengan ahli keluarga pasangan . Kotlah mak ayah kekasih tu friendlist juga ,m

Si panjang celaru

Assalamualaikum Dugaan musim panas kini kian menduga setiap penduduk  diMalaysia . Yang  terkini ular menjadi isu paling popular dilaman laman social.  Puncanya bila tempat tinggal si ular terlalu panas  dik kerana suhu yang terlalu tinggi , haiwan  berbisa ini akan mencari tempat tempat baru yang lebih sejuk  dan lebih sesuai bagi keselesaan kulit badannya . Dibawah ini antara gambar gambar yang maq dapat dari  group whats app maq. Sebagai seorang muslim , kita ada doa yang boleh diamalkan bagi mengelak kehadiran  si panjang ini .  Bacalah .. Semoga kita semua mendapat pertolongan dari Allah swt dari  diserang oleh haiwan berbisa ini .  Amiin

Rahsia yang ditutup rapat

Assalamualaikum 3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah: 1. Jodoh Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan hilang arah. Kenapa? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyakan berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiasi perkahwinan itu dengan kasih sayang. 2. Rezeki Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok sudah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca seka

Delimma seorang pengasuh

Assalamulaikum Bila sebut pengasuh atau ' baby sitter ' pekara utama orang akan lihat keadaan rumah pengasuh itu dulu ,kemudian  mutu kerja dan timbang rasa antara pengasuh dan anak asuhannya. Rumah ? Bagaimana keadaan rumah pengasuh ?  Seriusly maq cakap ,maq memang jenis seorang yang  suka tanam pokok  bunga,berhias rumah , hiasan pasu pasu kecil didalam rumah , ditangga dan menghias jambangan jambangan bunga . Tapi tu dulu , ketika maq bukan lagi seorang pengasuh . Sekarang ? Bila dah masuk tahun yang ke 20 tahun maq buat kerja ni . Keadaan rumah maq cuma ada 1 set kerusi jati , meja tanpa beralas , set tv yang model era 90an yang berat bagai nak rak tu. Karpet 2 keping sebagai alas ketika anak anak bermain dan sebuah  almari untuk disisi naskah alQuran , buku buku penting dan surah surah yasin. Lain lain? Takde . Kenapa jadi macam tu? Jaga kanak kanak bukan sama macam kita jaga orang dewasa. Mereka akan buat apa yang mereka hendak. Kena marah atau tidak , mereka

Terlalu sayang atau terbiar ?

Assalamualaikum Pagi jumaat pertama dibulan Rejab, bumi Batu Pahat disirami hujan lebat. Syukur Alhamdulillah. Nikmat Allah memang tiada terbalas. Pagini maq nak bincangkan isu anak , terlalu sayang atau terbiar ? Anak, siapa tak sayang anak kan? Zaman sekarang maq lihat ramai orang didik anak mereka lebih kepada " terbiar " . Kenapa ? Ala.. biarlah dia nak buat , asal dia diam. Mungkin sebab ibubapa seharian mencari rezeki diluar dan anak anak terpaksa ditinggalkan dengan orang lain ,makanya bila waktu dapat berkumpul ,anak anak akan bebas nak buat apa je yang mereka suka didepan mata ibubapanya . Patut kah macam tu ? Kadang tu anak nak main dengan peralatan merbahaya pun takpa. Alasan ? Alaaa..janji dia tak nangis , sudahlah.. Allah huakbar.. pedih perut dengar. Ballpen yang dipegang ditangan kanak kanak itu merbahaya ye .jangan main main dengan alatan tulis ini. Biarknlah mereka menangis kerana dihalang dari kita menangis bila salah satu panca indera mer

Baby Q 2 beradik .

Assalamualaikum Dua ahli syurga ini merupakan anak asuhan maq ( Qasdina dan Qisya ). Si kakak berusia 2 tahun 7bulan ,manakala si adik berusia 6 bulan. Dalam gambar tu mereka sedang leka menonton video 'Didi and friend' . Itulah rancangan kegemaran kanak kanak di Malaysia sekarang ni , termasuklah kedua beradik ni. Bila sedang leka menonton , dan  maq arahkan si kakak mandi . "Kakak , jom mandi ..." apa jawab nya ? "  baik puan ! " . Haaa? Puan dia panggil maq? *Maq pening* Lagi pening bila dia suruh  maq bancuhkan susu. " maq ..owang nak susu "  apa??? Dia bahasakan diri dia "owang@orang?" Bukannya kakak atau saya? Hurmm itu  baru 2 tahun 7 bulan . Bila tanya mama mereka , mama pun pening dari mana dapat semua perkataan tu. Apa yang kami perasan , si kakak ni memang tekun kalau menonton drama di tv ,kartun yang beralih bahasa dan upin dan ipin . Merekakah 'guru guru ' si kakak?? Apa pendapat anda ? Bagaiman

Jadikan hidup lebih bermakna

Assalamualaikum Bila dah kearah usia 50 tahun , suami sering mengadu sakit itu dan ini . Biarpun tempohari doktor cakap ,tekanan darah ok , jantung ok , dan kaki cramp pun dah ok  tapi  baru baru ni mengadu gusi bengkak sehingga menyukarkan beliau nak kunyah makanan, tak sampai 3 hari ,pinggang dia tiba tiba sakit ketika mengangkat  barang yang tak sampai 2 kg beratnya . Maq jenis tak suka bising kat suami , dan bila rokok merupakan 'dessert'yang wajib diambil  setiap kali lepas beliau makan ,  maq memang tak boleh buat apa lagi dah . Berkali pesan tapi masih ditabiat yang serupa . Suruh pergi klinik memang susah . Makanya maq cuma mampu doakan beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa . ROKOK ! ada orang cakap tak adanya jadi kaya raya kalau tak hisap rokok , tapi menjadi perokok pun tak hidup kaya kaya juga ,malahan penyakit pun datang banyak. Masing masing dah berusia . Malah akal ,minda pun dah semakin kenyal . Gunalah sebaik mungkin. Dalam post kali ni , ma

Punca betis Cramp

Assalamualaikum Bila suami dah jarang kena cramp ,maq bersyukur sangat sangat. Selain makan makanan tambahan kalsium megnesium tu , anak maq 'Ety' ada jugak berkongsi tips macamana nak elakkan cramp kat kaki untuk mereka yang kerjayanya berdiri lama .  Yok baca sikit antara perbualan maq dengan anak maq 'Ety' . Itulah tipsnya. Tahukan anda apa kesannya jika darah tak dapat berjalan lancar disebabkan injap salur darah lemah? Selain cramp , kaki jugak akan mengalami seperti ini . Gambar ini dikongsi oleh Ety. Beliau ni sejak duduk jauh dari keluarga ,sering jugak berkongsi maklumat yang dipelajari dikolej nya diKuantan tu. Semoga Ety dapat belajar dengan lebih bersungguh sungguh lagi demi masa depan dan demi menyelamatkan lebih  ramai pesakit diluar sana . In sha Allah ,maq dah mampu pasang nurse peribadi lepas ni . Aamiin..

Apa itu PIP?

Assalamualaikum Bila bersembang digroup whats app , kadang tu  , yang  beri info dengan yang terima info memang serabut. Pagi tadi sebagai contohnya ,dirumah maq ,kecoh juga jadinya bila anak maq yang nombor 2 suruh kak longnya post kan " pip " dan tudung free. Jom kita baca perbualan budak berdua beradik tu . Allah hu ..sekali pandang kalau tudung tu lawannya pin * ( pin  tudung ) tapi yang Ety mahu tu bukan pin, tapi 'pip' ?? Apakah 'pip' ??????? La..yang melekat dibahu dia tu la 'pip ' ( warna hijau tua). Manalah orang kat rumah ni tahu , sebab kami tak pernah pun terfikir nak pakai 'pip' . Apa aje yang kita dapat  dalam perbualan whatsapp kat atas tu ? Kesimpulannya : * lain kali bagi info tu , taip sampai habis * tak semua orang tahu apa itu 'pip' * nak  tudung free jangan memilih * jangan jual tudung mahal sangat mcm aida * jangan kacau org tgh santai santai pagi minggu nnt kena bebel * pip merah

Wanita dan peranan agama baginya

Assalamualaikum Perkongsian ini buat diri sendiri dan buat semua sebagai iktibar bersama. Dikongsi sebab sayang . Sebab sama sama  nak dapat panduan yg elok demi keluarga tercinta yang sedang membesar didepan mata . Wanita ialah makhluk yg sangat istimewa yg di cipta oleh ALLAH . Mereka di cipta untuk di sayangi dan untuk di lindungi. Bahkan sifat mereka amat berbeza dgn Lelaki. Wanita seharusnya di bimbing di bawa kepada kefahaman Agama agar mereka jelas maksud dan Tujuan hidup mereka. Bilamana wanita tidak faham Agama ia akan memberi kesan yg sangat buruk kepada dunia.Hal ini kerana wanita ini ALLAH jadikan tempat asbab manusia lahir ke Dunia. Hari ni Dunia melihat bilamana wanita tidak di beri kefahaman Agama.Maka Wujud 3 Suasana di rumah rumah  di seluruh Dunia.. 1-Suasana Rumah Seperti Pawagam . Rumah jadi seperti pawagam..Tv dan audio yg besar besar. Karaoke.video games. Seakan berada di Pawagam. Anak anak di besarkan dlm suasana kelalaian. Sehingga rasa terkilan bil

Sekali datang 3

Assalamualaikum Hebat sekali ! Bila diserang sakit perut ( cerry berry ) kemudian  kepala pening ,dan akhirnya suhu badan mencicah 39°C . Maq demam ! Seharian tekak tak dapat telan makanan sebab hasil makan akan keluar selang 20minit kemudian. Kata kawan maq , Allah ingat engkau ,sebab tu kau diduga . Alhamdulillah,Biarpun sekali datang 3 penyakit ,maq tetap redha . Apa kata doktor ? Elakkan makan masakan pedas dn berasas tenusu. Puan nak  M.C ? Sambil senyum ,maq jawab : tanggungjawab  sebagai pengasuh merangkap suri rumah sepenuhmasa ni , tak ada m.c doktor . Sakit ke ,sihat ke tetap kena kerja . Takpa , saya tak perlukan m.c . Harap sangat anak anak asuhan  tidak meragam dua tiga harini sudah la. In sha allah.. Doktor tercengang sambil pandang muka maq . Terima kasih doktor klinik Iwani * Aida seronok dapat m.c 2 hari !