Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Minyak wangi

Assalamualaikum Kalini maq nak berkongsi cerita pasal minyak wangi disebalik perjalanan hidup maq . Masa remaja , pergi sekolah menengah pun maq sudah pandai pakai minyak wangi . Haruman pilihan ialah yang berasaskan bauan lemon . Bila dah bekerja , duit gaji banyak dihabiskan  dengan beli minyak wangi . Kalau anak dara orang lain banyak beli pakaian , tapi maq tetap beli minyak wangi. Bila dah kahwin , punya anak , anak pun dah besar panjang .bila terbau minyak wangi yang baunya padu ! Keras ! Maq akan rasa sakit kepala . Agaknya over dos dah bau minyak wangi yang maq hidu sebelum ni. Lagi lagi , bila maq dapat tahu bila orang perempuan pakai minyak wangi  sewaktu  keluar rumah .. ~ Antara sebab Allah tak terima solat ~ Bukan untuk tontonan umum terutama lelaki ~ Islam memang  tak suka busuk.. tapi berpadalah ~ Cari kebaikan disebalik suruhan Islam ~ Sentiasa akan ada orang yang nak ambil kesempatan ~ Benda yang agama tak mau ..makruh ~ Penyebab berlakunya fit

Menjelang "back to school "

Assalamualaikum Cuti akhir tahun makin tiba dipenghujung .rata rata ibubapa yang ada anak yg bakal bersekolah ditahun baru ni dah mula berusaha menyediakan duit untuk kembali ke sekolah . Untuk anak yang sudah sedia bersekolah ,  perlu diingatkan tak perlulah semua diganti baru pada tahun baru ni .gantilah mana yang wajib diganti .mana yang masih elok dan masih boleh diguna , suruhlah anak anak guna dulu . Kerana apa? Selain harga keperluan sekolah yang tak masuk akal pada zaman ni  , dengan iringan angin GST  melambai lambai sanubari , kita juga  perlu ingatkan ada lagi yg lebih WAJIB  difikirkan . Iaitu " duit buku ". Apa duit buku ? Duit ini bakal dibawa ketika hari pendaftaran tahun baru persekolahan . Ianya berkaitan buku tulis dan duit yuran . Ha ini la yang wajib dititik beratkan !! Agak kecewa bila disenaraikan hampir 1 badan anak memakai pakaian yang branded , yang cangih tapi bila tiba nak mula belajar ,  buku takda ! Punca?? *Parent belum gaji nak ba

Bersangka Baik

Assalamualaikum Katanya  : "Berusahalah kamu bagai kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal lah bagai kamu akan mati di esok hari " Okey ... dalam perkara yg dikatakan diatas . Amal perlu ,usaha perlu ! Amal tu mesti anda tahu . Semua yang mendapat pahala dan ganjaran dari Allah itulah amal . Termasuk amalan wajib dan sunat . Semuanya dapat pahala . Bagaimana dengan usaha ? untuk membayangkan nak hidup 1000 tahun lagi , dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar ni dengan cukai dan GST semua tu , kalau tak rajin berusaha ,mana cukup ? nak harapkan duit gaji dari hanya dari 1 pendapatan ? Hurm  sedangkan anak isteri jutawan pun ada yang bekerja , mereka  berniaga , apa lagi kita golongan yang biasa biasa ni. Ada orang cakap " kerja teruk teruk  , duit bukannya boleh bawak mati " Okey ..memang kita yang dah mati tak boleh angkut duit duit kita dalam  simpanan masuk sama dalam liang lahat , sebab yang tinggal cuma jasad yang kaku , yang tak mampu berb