Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Jasamu akan dikenang

Assalamualaikum .. Harini , setelah beberapa tahun dia berkhidmat dalam keluarga maQ dengan rasminya , setelah  diistiharkan oleh  seorang pakar komputer , akhirnya notebook milik keluarga maQ sudah diistiharkan expired ! Hurm sedih .. Produk pertama dari syarikat Asus yang di taja khas  oleh sebuah syarikat audit  kepada anak maQ yang ketika tu merupakan seorang pelajar bidang I.C.T. yang mana sangat sangat  memerlukan notebook sebagai bahan utama dalam bidang pelajarannya. Kalau tak silap hampir 5 tahun notebook ini digunakan.  Ketika beliau berusia 16 tahun dan kini  beliau sudah pun 20 tahun . Alhamdulillah . Notebook ini bukan saja berjasa  untuk pelajaran malahan bermulanya ahli keluarga maQ menjadi blogger ,kesemuanya bermula dengan notebook ini. Alhamdulillah , banyak sudah jasanya kepada kami sekeluarga . Mohon Allah murahkan lagi rezeki penderma notebook ini . Aminn.. Selepas ini ,maQ terpaksa menggunakan tablet untuk menaip entri memandangkan maQ masih belum

Jambatan Batu Pahat dilanggar

Assalamualaikum .. Agak tidak adil  jika maQ ( penduduk Batu Pahat )  tidak kongsikan 1 peristiwa yang tidak dijangkakan telah berlaku di Sungai Batu Pahat , semalam . Kejadian dimana sebuah kapal  pengorek pasir yang lokasi asalnya di pesisiran Minyak Beku telah didapati hanyut sehingga melanggar jambatan Batu Pahat . Kemalangan itu macam pelik sebab jarak antara Persisiran Pantai Minyak Beku dengan Jambatan Batu Pahat  bukan lah dekat . Ianya mengambil masa juga . Namun dengan kuasa Allah , tidak siapa menjangkan kejadian kapal itu dikatakan hanyut dan melanggar bawah jambatan yang terlalu banyak jasanya kepada pengguna yang datang dari selatan Johor mahu ke Muar atau dari Muar mahu ke Batu Pahat dan kawasan selatan Johor  ! Sedangkan disepanjang sungai Batu Pahat , ada kumpulan nelayan kecil ,  tongkang tongkang yg datang dari Indonesia  memunggah barangan ,penempatan penduduk pun bukan sedikit , MACAMANA boleh tak perasan akan kapal korek pasir tu sedang  hanyut kan ? Subha

Qasdina dan cermin mata ayah

Assalamualaikum .. Mari kita tengok aksi Qasdina bila dapat pakai rayban ayah  dan kita tengok riak wajahnya bila ayah  ambil cermin itu untuk dipakai ketika memandu . Dan bila disuruh pulangkan kat ayah cermin mata tu .. Merajuk ..taknak kawan ayah dah . Hehhe . Anak asuhan ini berusia 2 tahun pada 13 september lalu , amat rapat dengan maQ dan suami . Pandai buat muka bila hajat dia tak di penuhi . Tetamu yang datang kerumah pasti akan geram dengan telatah Qasdina, lebih lebih lagi dengan kawan baiknya Qaisara .  Merekalah kawan gaduh dan kawan bebel maQ dirumah setiap hari ,kecuali hari cuti. Tak lama lagi kedua orang anak asuhan ini akan jadi kak Long kawasan bila mama mereka bersalin pada penghujung tahun ini . Doakan kedua mereka selamat melahirkan adik adik buat Qasdina dan Qaisara . Jawapnya sunyilah rumah maQ bila kedua nya cuti semasa mama mereka cuti berpantang . Bila sunyi..mula lah nanti rindu bertandang ..hurmm.. Semoga Allah perm

Kedai klasik dibangunan lama

Assalamualaikum .. Harini ahad dan maQ sempat lagi ikut suami balik kampung biar pun harini maQ ada mengasuh anak orang . Nasib cuma Qasdina sorang , tu yang langkah panjang . Bosan tau 24/7 memerap dalam rumah walaupun masyuk . Alhamdulillah masih mampu bantu suami  dan urus rumah tangga dalam satu masa. Pagi tadi maQ ikut suami pergi gunting rambut dikedai yang maQ tengok memang klasik . Bangunannya , perabutnya tapi seperti kita , pengusaha bertujuan adalah satu , iaitu mencari rezeki . Barisan kedai yang berusia lebih 50 tahun rasa maQ , sebab masa maQ kecil ,kedai ni dah berdiri teguh disini . Dalam bangunan usang ni ada kedai repair motor@bengkel , kedai perabut ,kedai jual cakera padat cetak rompak , kedai emas dan kedai gunting rambut . Klasik !  Hurm .. tak perlu on kipas , pakai angin sekeliling pun boleh . Udara kat situ segar bertiup sepoi sepoi bahasa lagi , sangat semulajadi ! Macam zaman potong rambut kat bawah pokok pun ada jugak suas

Perempuan itu dimata MaQ

Assalammualaikum .. Bila orang perempuan yang cakap macam ni , maQ tak tahu dah nak cakap apa biar pun maQ 100% adalah perempuan . Pada maQ orang perempuan zaman sekarang jangan biarkan jiwanya tercabar . Kalau perkara itu berlaku , banyak perkara pelik dan yang tak masuk dik akal pastinya terjadi . Sebenarnya untuk semua "tekanan" yang diatas tu ,ada jalan penyelesaiannya , antaranya : 1 - perbincangan antara pasangannya adalah jalan pertama jika kita di datangi masaalah  dalam perhubungan . Jangan pendam ! 2 - bersabar dengan sebaik baik tahap kesabaran. Allah sayang orang sabar . 3 - lihat anak anak yang makin membesar didepan mata , sanggup ke seorang ibu nak kecewakan anak anaknya? 4 - fikirkanlah ,apakah tindakan yg bakal diambil itu penyelesaian atau masaalah baru? 5 - berserah pada Allah , kerana Dia lah penentu semua takdir kita . Dia  maha  penyayang ,pengasih dan maha mengetahui yg kita sendiri belum pasti . Perempuan dianugerahkan  dengan ji

Perkongsian

Assalammualaikum .. Berkongsi ilmu yg kita jumpa itu lebih berbaloi dari kita asik nak berkongsi cerita pasal orang lain yg kita nampak .  Macam resepi kat atas tu . Tuannya berkongsi digroup . Mungkin ada ahli yang masak kuih ikut resepi beliau beri dan buat pula jualan sampingan . Dan dalam masa yang sama dah dapat bantu orang kedua tu tambah rezeki bantu keluarganya . Bantu suaminya , mak bapaknya dengan hasil jualan tu .  Tidakkah pahala tuan punya resepi itu berpanjangan ? Kalau lokek tak kemana la idea tu nanti .  Jangan kata nak bantu kawan kawan, pahala pun lari menjauh .. semua macam sia sia je gitu ..kan ? Yok ke dapur .. Terima kasih tuan punya resepi puding ..

Apam susu ( kukus )

Assalamualaikum .. Perempuan ni kalau tak kreatif memasak , bukan perempuan namanya kan . Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar , orang perempuan lah tunggak utama bila menguruskan bajet didapur . Sebab merekalah pengurus , merekalah chef , merekalah tukang rasa , tukang puji sedap dan  tukang komplain tak sedap . Hormati tukang masak anda . Air tangan merekalah yang akan anda rindu bila berjauhan , biar pun hanya goreng telur dadar . Kalini ,sekali lagi maQ nak kongsikan satu lagi idea kreatif  seorang sahabat alam maya .. mari kita cuba idea beliau . Terima kasih untuk beliau juga dari group Masak Apa Hari Ni di facebook . Selamat mencuba ..

Hutan Negara di Selatan Tanah Besar Asia

Assalamualaikum .. Perkataan digambar atas tu sebenarnya terdapat pada tembok yang dibawah ni . Disebabkan tulisan itu terlalu kecil , jadi maQ kena ambil secara dekat . Ye .. inilah pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai yang lokasinya tidak jauh dari Resort atas air Tanjung Piai pada entri maQ sebelum ini.  Apa ada di Taman Negara ini ? Anda baca dipapan kenyataan diatas tu . Terdapat beberapa kawasan yang telah siap sedia untuk dikunjungi . Dengan bayaran rm5.00 setiap pengunjung, anda  layak masuk kesana dan menikmati keindahan alam dan fauna yang memang menarik .  Mulanya nak masuk tapi bila ada banyak monyet dikawasan itu ,  tujuan asalnya telah dibatalkan kerana anak anak  beliau takut . Tapi ramai yang ber riadah di dalam tu dan  nampak macam tiada gangguan je . Harap , lepas baca entri maQ kali ni , makin  ramailah yang akan parking kereta di kawasan park itu bila tiba hari cuti nanti. Jalan sambil menikmati alam ciptaan Al

Tanjung Piai Resort

Assalamualaikum .. MaQ dah janji nak cerita pasal Resort Tanjung Piai tu kan ? Last maQ pergi kalau tak silap pada 3 - 4 tahun lepas , masa tu family maQ ada buat mini -familyday kat situ atas tajaan seorang sepupu yang baik hati . Kemudian katanya resort tu dinaik taraf bila ada kerosakan atas sebab tertentu. Bila maQ berpeluang kesana , ye terdapat beberapa perubahan  yang memukau disana . Chaletnya makin banyak untuk ditempah  dan kedai cenderahatinya sudah pun berdinding kaca , nampak mewah gitu , biarpun sekadar jual jajan je pun hehe . Takpa tu kedai dia ,bukan kedai kita . Tapi memang nampak kelainannya . Lokasi chalet diatas air ,memang seronok. Kaki pancing mesti teruja disini sebab ikan bermain dibawah chalet anda itu. Harga : Pada hari cuti umum rm200.00 tetapi pada hari biasa hanya rm140.00 . Bilik tidur yang berpenghawa dingin Ada tempat untuk BBQ Ada dewan mesyuarat Ada kedai makan MaQ tak dapat nak ambil banyak gambar disitu tapi kalau anda tengok gambar

Nasi Ayam Rengit

Assalamualaikum Bila kedai ini keluar di program tv3 ,jalan jalan cari makan sebelum ini , baru semalam 16.9.2015 , maQ berkesempatan menikmati kelazatan Nasi Ayam dikedai ini . Kawasan berhampiran dengan Pekan Rengit . Jika kita dari arah Batu Pahat , bangunan tersebut terletak dibahagian kanan anda .  Anda cuma perlu buat U-turn untuk sampai ke kedai tersebut. Apa best kat kedai ni ? 1. Service dia pantas ! Anda tak perlu tunggu sampai tertidur . Belum sempat pandang orang yang duduk kerusi sebelah , order dah sampai . Kalau rasa nak bersin tu , rasanya belum pun sempat berbunyi gitu makanan dah smpai atas meja. Tak percaya ? Datanglah tengok bagaimana pekerja pekerja dikedai ni buat kerja . Memang pantas !! MaQ bagi 4 bintang ! 2. Nasi ayam dia sedap , ayam dia sedap , ada banyak menu pilihan . Ada yang cakap , mee rebus dia sedap tapi maQ tak berkesempatan nak merasa sebab ,makan nasi ayam dia dah cukup kenyang dah. Harga RM4.50 sahaja satu set nasi ayam . Murah ?  

Apa sudah jadi dengan Tanjung Piai ?

Assalamualaikum .. Tanjung Piai yang terletak di Pontian , Johor adalah antara tempat pelancungan yang popular sikit masa dulu di negeri  ini . Kerana  tanjung itu merupakan  merupakan penghujung selatan tanah besar benua  asia. Apa yang menarik perhatian maQ semalam sewaktu berkunjung ke Resort Tanjung Piai , yang berhampiran dikawasan sini . Pelancongnya sudah tidak sehebat dulu ,sedangkan pemandangan alam semula jadinya memang menarik ,tenang dan damai . Apakah disebabkan cuaca jerebu makanya takda orang datang ? Tapi bila maQ amati antara penyebab utama , kekurangan pelancong kemari adalah kemungkinan besar disebabkan .. Monyet monyet  yang berkeliaran disitu sangat membimbangkan pengunjung , liar dan aktif . Struktur tanah yang terhakis juga telah menyebabkan banyak pokok bakau  yang tumbang  termasuklah tebing dan tempat rehat dikawasan tanjung itu musnah.   Anda perhatikan gambar yang ke 3, bumbung tempat istirehat yang berwarna merah tu

Mayonis home made

Assalamualaikum Ahad adalah hari cuti untuk orang yang kena cuti . Aik ,macam tak kena je ayat tu . Bila tiba hari cuti biasanya suri rumah terfikir fikir apa yang hendak dimasak untuk kesayangan yang bercuti ni . Dialam maya  , maQ  ada di jemput untuk menyertai group makan , masak dan resepi difacebook . Group tu rupanya dihasilkan oleh seorang lelaki . Tapi dia memang kreatif dalam menghasilkan masakan , biarpun sudah punya keluarga sendiri. Dari situlah maQ kumpul idea bagaimana nak cari menu pada setiap hari cuti macamni . Dan kalini maQ nak kongsi bagaimana nak buat mayonis sendiri yang maQ dapat dari group tersebut .  Selamat mencuba ..

Poligami dimata MaQ

Assalamualaikum .. Hujan hujan ni ,untuk elakkan mengantuk pada waktu waktu macam ni , maQ kenalah buka mata besar besar untuk menaip di blog . Bila jari bergerak , maka kuranglah mata kepada aktiviti pejam  memejam. Tiba tiba teringat satu kisah yg maQ nak kongsikan disini. Mungkin anda pernah baca post maQ mengenai sekumpulan remaja menjemput maQ join group wechat mereka ? Ada satu haritu ,mereka bagi maQ satu soalan . Mengenai isu poligami yg tidak memerlukan keizinan isteri pertama , MaQ sokong ke tak dan Apa tindakan maQ jika maQ dapat tahu suami maQ berkahwin sorang lagi tanpa pengetahuan dari maQ ? Allah hu.. soalan ni sebenarnya dah buat jantung maQ dup dap. Tapi disebabkan mereka bersungguh sungguh nak tahu isi hati maQ , makanya maQ jawab je dengan cool .. dalam hati tuhan je tahu hahha MaQ jawap : Kalau lelaki yg berpoligami itu hidup berpandukan hukum hakam agama islam yg benar , dan dia terapkan sistem keluarga sakinah dalam rumah tangganya ,  maQ rasa dia ni

Jerebu mohon pergi

Assalamualaikum Alhamdulillah , setelah beberapa hari bumi Batu Pahat berjerebu , Allah telah turunkan hujan rahmatNya sejak malam  semalam hingga ke hari ini . Dan semoga selepas hujan ini reda , harap sangat jerebu lenyap. Dan orang BP dapat aktif bernafas seperti biasa . Kalau dah berjerebu , nak keluar rumah pun kena berkira kira sebab habuk dan jelaga jerebu yg sangat halus amat memberi kesan yang negetif pada sistem pernafasan tubuh badan . Jika kesihatan terganggu ,semua aktiviti turut terjejas. Oleh itu sama sama lah jaga kesihatan yang takda dijual dimana mana . Jerebu .. mohon pergi .. Orang Batu Pahat dah rindu kat  matahari ..