Assalammualaikum Sabtu kali ini semua orang dah ada kat rumah maQ . Semua ? Ye semua tu maknanya anak anak , suami ada dah depan mata ni . Tadi pukul 6 pagi maQ dan suami dah ke terminal bas untuk tunggu Ety sampai dari Kuantan , Pahang . Dia akan menghabiskn cuti sem nya selama seminggu di Batu Pahat tanahairku katanya . Kalau dulu , anak gadis maQ nak naik bas nak pergi Johor Bahru pun maQ tak lepaskan tapi bila dia dah kena belajar di Pahang terpakslah lepaskan juga. Terpaksa dalam redha sebenarnya . Hehhe bila dia kata dia dapat tiket bas yang gerak pukul 1 am , hati maQ dah gelisah . Bagaimana dia nak ke terminal bas ekspress tu nanti sebab 1 am tu dah lewat sangat . Lepas tu terfikir pulak ada kawan ke dia di terminal tu ? Terbayang keadaan terminal yang sunyi sepi masa maQ sempat singgah dulu . Aduh jantung dengan minda maQ bagaikan bergerak tak seiring bila fikir fikirkannya . Malam tadi sempat whats app dia untuk tanyakan situasi di terminal . Bila dia caka
" Sejenis emak emak yang suka membebel beri nasihat,berpesan pesan dan menyayangi kerana Allah"