Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Anak maq kena keluar rumah

Assalammualaikum Bila anak yang hampir 20 tahun membesar ďidepan mata dan akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah orang tuanya kerana hendak menyambung pelajaran . Hati ibu mana tak sedih . Itulah yg terjadi kepada maq , bila mana anak  kedua maq akan masuk ke Kolej Kejururawatan di Pahang . Orang Johor merantau di Pahang . Hehhe kami bersaudara ~ Bermula bulan julai nanti , Ety akan duduk jauh dari maq dan keluarganya . Sebelum ni maq pernah rejected tawaran  sambung belajar untuknya ke Politeknik Melaka ,kerana pada maq ,usia 17 tahun untuk dia hidup bebas diluar kawalan maq , adalah membimbangkan jiwa tua ini . Hehhe kes kasih sayang  yang memang melampau ni. Dan jalan penyelesaiannya , maq suruh dia sambung Pra-U disekolah Dato' Bentara Luar , Batu Pahat . Setelah hampir 18bulan belajar, dia berjaya mendapat sijil STPM nya . Alhamdulillah ... Dan panggilan temuduga  SPA kali yang ke 3 , akhirnya  membuka peluang  untuk dia sambung belajar  lagi iaitu dibidang kejuru

Sembang pasal penderaan kekanak

Assalammualaikum Lama dah blog ini sepi . Agaknya letih sangat tuan blog nak membebel dibulan puasa ni ye?  Hehhe . Takdelah maq takde benda nak kongsi kat anda semua . Tapi harini , bila berkesempatan menaip .ada hal yang nak dikisahkan bersama anda . Jika dikatakan ibu ,paling utama tugasnya ialah mendidik . Paling sweet sikap lemah lembut seorang ibu ketika mendidik . Paling indah bila anak anak membesar dengan penuh kasih sayang . Harini  2 kali maq terbaca kisah kanak kanak didera oleh ibu sendiri dan ibu tiri . Hurm malang sungguh nasib anak anak tu . Paling sedih apabila si kecil berusia 6 tahun itu akhirnya meninggal dunia setelah teruk di dera oleh ibunya sendiri . Manakala anak yg didera oleh ibu tiri itu mendapat tulang tengkorak yg retak , dan kecederaan yg kalau kita tengok macam tak masuk dik akal . Kanak kanak dalam usia 1 tahun hingga 10 tahun ialah usia yang sangat lasak dan suka melakukan apa tanpa berfikir risikonya . Sebab mereka melakukannya sebab minat

Maq putus selera seminggu

Assalammualaikum Maq bukan blogger makanan tapi kali ni nak cakap pasal makanan pulak . macam mengada ngada gitu. Tulah nak cakap pasal masakan yang pernah maq rasa disatu kedai seafood kat Batu Pahat ni. Sebelum ni maq tak pernah komen pasal makan . Tolak batu dengan kayu je kalau pasal makan. Tapi disebabkan makanan yang maq makan kalinilah ,maq telah hilang selera makan nasi hampir seminggu ! Bukan sakit tekak atau sakit mulut ,tapi hilang selera . Sangat merbahaya ! Nak jadikan cerita ,pada satu malam ,maq dan family pergi lah kekedai seafood ni . tujuan asalnya bukan nak tuju kedai tu tapi kedai lagi satu yang hampir jugak dengan kedai ni. Eh..apa maq cakap ? Maksud maq camni ...sebenarnya mula mula nak pergi kedai lain, tapi terpergi kedai lain sebab kedai pilihan pertama tu tutup pulak. Oklah ,pilih punya pilih menu , dapatlah order nasi goreng tomyam ,nasi goreng kampung, nasi goreng pataya dan ikan pari bakar. Tengok pelanggannya memang ramai malam tu. Hurm mesti se

Dia dirisik

Assalammualaikum Siapa tu maq?ahha  itulah anak sulung maq . Minggu lepas beliau dirisik oleh keluarga terdekat kekasih hatinya .Alhamdulillah semua yang diatur berjalan lancar biarpun ini merupakan pengalaman pertama buat maq dan suami . Terima kasih kepada pihak lelaki kerana sudi bertandang dan terima kasih jugak untuk surprise merisik itu. Syukur sangat sangat . Alhamdulillah ,rezeki dari Allah . Walau bagaimana pun ini hanya majlis  yang  pada maq tujuan utama kami ialah untuk berkenal kenalan antara 2 keluarga dan sambil tu ,anak maq dirisik orang . Terima Kasih kepada keluarga encik Othman . Moga Allah permudahkan segala urusan kita di kedua belah pihak . In sya allah ,aminn 

Maq sudah layak risau

Assalammualaikum Maq agak bimbang bila anak maq yang umur 13 tahun dah mula tunjuk perubahan usia dia tu . Kalau masa sekolah rendah , suruh pakai bedak dimuka memang payah . Apa lagi bersolek ,memanglah taknak . Tapi sejak kebelakangan ni , dia dah mula tahu nak pose gambar wajah dia bersolek . Kemudian upload kat timeline facebook dan tak lupa ,tags maq dan kakak kakak nya jugak . Hurm jiwa remajakah ini? Melaram , selfie , bersolek . Habis dia kerjakan alat solek si kakak yang umur 21 dan 20 tahun tu . Tapi kalau  ikut pengalaman maq sebelum ni . Ketika kakak kakak dia diusia 13 tahun , apa pun mereka  tak tahu ... Pengaruh  laman sosial kah ini ?  Atau sebab  terlalu manja ?  Allah huakbar ...risaunya ...hurm Aduh ..*pepening* pulak kepala ni .