Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Usir jin didalam rumah

Assalammualaikum Mungkin ada yang sudah tahu . Tapi tak kurang juga yang belum tahu . Makanya maq kongsikan  apa yg maq  dapat ,  disini ,kot  boleh membantu yg punya masalah gangguan  jin didalam rumah . Antara yg perlu diamalkan ,bacalah alQuran setiap hari walaupun cuma sebaris ayat . Selamat beramal.

Dapat tagging dari instagram

Assalammualaikum Sedang maq leka berblog walking , tiba tiba insta gram notification Up . Tengok tengok seseorang dah tag maq  sekeping gambarnya  . Haish siapa lagi kalau bukan si bungsu maq yang kaki melaram tu .  Tapi paling pelik , trend dia selfie mesti mata sebelah . Sampai sekarang maq pening nak fikir , apa motif hehhe Kalau untuk kebaikan takpelah , tapi kalau nak jadi lanun mata satu . Huh !! Siap lah dia maq bebel nanti. Hurmmm belajar kemana , berangan je lebih perempuan ni tau !

Pesan orang orang tua

Assalammualaikum sebenarnya tiap pesanan orang tua , atau orang tua tua kepada orang orang muda , ada sebabnya . Dan apa sebabnya hanya mereka yang tahu sebab mereka makan garam terlebih dahulu . Mereka jumpa segala apa juga dugaan demi  dugaan hidup ni terlebih dahulu . Dan zaman sekarang ini berapa ramai lagi orang muda  yang patuh pada pesanan orang tuanya?Hanya orang tuanya tahu ,bila mana hatinya terluka , bila mana hatinya bahagia . Ada anak anak masih anggap orang tua tak tahu apa apa . Orang tua tak morden . Tak tahu era zaman baru . Hehhe takde orang tua ,takdelah orang muda .  Dan pastinya yg muda takkan kekal muda ,esok esok anda pun akan tua . Dan masa tu , apa yg anda buat kat orang tua anda sekarang ,anak anak anda pulak bakal menduga anda . Sebelum tidur ,berwhuduklah ...

Gossip makan tuan

Assalammualaikum Maq menaip lagi hehhe . Sambil menuntun kilauan emas akhir bersama insan tersayang . Jari ini takkan dibiarkan sejuk .Maq nak tanya anda ni , pernah anda bergossip ? Maq ada pengalaman dengan gossip . Yela dulu dulu pergaulan maq dengan jiran ni agak rapat jugak lah . Pernah maq didatangi seorang kawan . Mulanya dia yang buka cerita pasal seorang lagi jiran maq tu . Sebagai pendengar yg setia , maq pun mengiakan jelah kan apa je kata kata dia ,maklumlahkan nak jaga hati tetamu . Dan dia dengan taksubnya meneruskan semua cerita pasal jiran kami tu . Tapi tulah nak dijadikan cerita ,selang beberapa bulan , timbul pulak cerita yang maq dikatakan kononnya mengaibkan jiran maq tu . Mulanya maq terkejut sebab hal tu bukan ditimbulkan oleh maq , tetapi kawan maq yg sorang tu . Dengan pedih hati maq telan jelah apa yg disampaikan ketelinga maq ini . Diam lebih baik . tetapi dalam hati berdetik juga: Sedang dia yg mulakan cerita , mencari maq ,bertandang ke rumah maq

Maq berselfie dengan bodyguard

Assalammualaikum Hari ahad . Kali ini , selepas puas mengemas rumahku syurgaku , maq dan suami pergilah jalan jalan  ambil angin. Bukan makan angin ye sebab kami keluar tak sampai pun 2 jam , sekadar cuci mata diluar rumah .  Ronda ronda pun dah cukup . Tapi kalini ,kami bukan berdua tapi keluar  bersama seorang ' bodyguard ' ! Nak tengok siapa gerangan bodyguard maq dan suami??? Kami sempat lagi berselfie dalam perjalanan tu . Haish ..buruk noh orang tua berselfie kan??? Tapi benda dah jadi . apa nak cakap lagi hehhee                . . . . . . . Qasdina ikut je apa maq buat . . . . . . . Tapikan ... jenuh kami tersenyum tersengih tapi orang baju grey tu langsung tak nak join pun , hurmm Dan sebenarnya tak boleh buat selalu camni ,maq takut orang meluat, ada yang nanti hilang pulak selera nak makan tengok maq mengedik berselfie haha tak padan !! kalau Qasdina a.k.a bodyguard tu takpalah sebab dia comel , maq??? Ishhh waallahualam

Ahli syurga meraikan malam jumaat

Assalammualaikum Malam tadi dengan keizinan Allah swt , rumah maq telah dikunjungi kumpulan yasin kanak kanak dan remaja yg dibimbing oleh ustazah Normah . Ustazah Normah ialah antara tenaga pengajar kelas al-Quran yg beroperasi di tempat tinggal maq . Alhamdulillah bersyukur sangat sangat kerana ahli ahli syurga ini dapat mengalunkan bacaan demi bacaan ayat ayat suci alQuran dengan fasih dan tajuid yg betul . Mereka mendoa ,mereka mengamin , mereka membacanya . Semua tu buat maq sangat  terharu dan rasa sangat bersyukur . Kerana diluar sana , ramai lagi kanak kanak seusia mereka yg tak reti baca al Quran , tak tahu apa itu surah yasin ,apa itu zikir zikir dalam bacaan tahlil . Bukan salah mereka , tapi mereka dibelenggu  oleh ketidak bertanggungjawabnya seorang nakhoda dalam keluarga mereka . Ye , ada golongan yg tidak menganggap belajar alQuran itu wajib , penting dan sangat perlu. waallahhualam ... Alhamdulillah .. pelapis ummah yg menceriakan malam jumaat yg p

Prabayar

Assalammualaikum Bila 'mereka ' bersuara pasal charge prabayar . Maq nak  katakan kepada mereka , jangan merepek repek boleh tak ? Kejap charge cukai ,kejap takda charge ,kejap teruskan ,kejap berhentikan . Sedangkan sebelum ni memang dah macam macam charge dikenakan dalam charge prabayar, cuma kita je nampak tak nampak .  Kekadang , baru call kejap , kredit dah tercungap cungap . Kekadang ,beli data  , belum panas line ,data dah nazak ,kekadang diduga pula dengan line yg macam siput malahan sangat menjengkelkan. Tolak tu , tolak ni ... Maklumlah majoriti rakyat bergantung pada prabayar . So ,tak salah kalau mereka cakap berbalik balik ye ? Hurm... Antara kena atau tak kena charge , pandanglah harapan semua rakyat , simpatilah pada yg tak mampu diluar sana ,kerana mereka itu lebih ramai bilangannya dari jumlah  sebenar " MEREKA" ..

Keputusan sudah diumumkan

Assalammualaikum Bila keputusan temuduga SPA8 telah diketahui , maq dah boleh senyum lega kali ini kerana setelah  4 panggilan interview oleh SPA ,akhirnya kali ini kejayaan berpihak kepada anak maq yg nombor dua tu . Dan bukan dia sahaja ,malahan kawan lain yg pergi temuduga kali ini ,kebanyakkannya 'berjaya' . Alhamdulillah . Bidang yg ditawarkan ialah  : Latihan jururawat Sehingga hari ini bersamaan 19hb Mei 2015 , tiada apa-apa maklumat yg diterima lagi dari Kementerian Kesihatan di bahagian latihan itu , kecuali tarikh daftar pada 1hb julai 2015 . Dan dimanakah  lokasi penempatan peserta masih menjadi tanda tanya kepada peserta latihan. Dalam keadaan yg dipanggil " penantian satu penyiksaan " maqnie sebagai ibu ,sentiasa mendoakan yg terbaik buat semua anak-anak yg menyertai latihan tersebut dan mohon juga semoga  Allah permudahkan pada  setisp urusan . Amiin ..

Ada orang belanja Maq

Assalammualaikum Lamanya tak membebel diblog . Bukan dah tak berminat tapi kehendak dunia sebenar lebih tinggi berbanding dunia alam maya ni . Blogging memerlukan satu suasana yg tenang dan tenteram , barulah idea cantik je dicurahkan . Tapi rasanya jika keadaan agak serabut ,elok abaikan je blog sekejap , bukan apa , dikhuatiri maklumat yg nak disampaikan tersasar dari tujuan asal . Hehe sekarang ni waktu anak asuhan maq sedang diulit mimpi , makanya jarini pun layak menari kemari . Semalam 10 mei katanya hari ibu . Tapi pada maq ,harini pun hari ibu , hari bapa . Esok pun juga . Esok punya esok pun serupa  . Setiap hari ialah hari ibu ,hari bapa .Yelah selagi kita punya ibu dan ayah . Selagi itulah mereka layak dirai kan . Bukan sahaja pada ucapan , tapi pada perbuatan serta pada tanggungjawab. Tak perlu menetapkan tarikh tertentu yg direka oleh mereka itu . Walau bagaimana pun , apa bila anak anak mula menghargai ibunya dan ayahnya , sekali lagi maq menerima hadiah , semal