Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Jengah jengah je

Assalammualaikum Bila free macam ni ,sementara menunggu anak anak lelap . Maq masih sempat berada  diblog untuk dijengah jengah .Asalnya nak tengok nuffnang je ,tapi bila dah dapat  hasil yg terkumpul , gelak besar sudah dan kemudian dengan bangganya jiwa ni bersemangat nak buat entri hehehe . Bukan apa lah kan , dengan sekian lama membebel pot pet je kerjanya  , akhirnya satu jumlah telah terkumpul di akaun nuffnang . Haish cuak juga ni nak tunjukkan kat semua . Maklomlah kan ianya KETERLALUAN yg tidak diduga duga haha . Kenapa maq cakap macam tu ? Sebenarnya , maq dah lama tak membebel di blog ,tak ada  blog walking , apataknya , selama masuk je bulan 4 ,  kerjanya asyik asyik   pasal cukai GST  .. dan apakah macamnya GST ini tiada penyelesaian ? haish kantoi pulak kali  ni ... Jom tengok bahan bukti ... Hurmm , sedih jugak tu , tapi itulah apa yg telah diusahakan dan dikerjakan diblog ini  . Bersyukur ,redha dan kemudian teruskan berusaha . Maq tak kesah , janji a

Cakap bukan sembarang cakap

Assalammualaikum Pukul 12:30 tengahari masa untuk maq rehat . Rehat maksudnya disini selepas siap memasak , kemas rumah , mop lantai ,sapu habuk ,cuci baju , cuci pinggan . Melayan anak anak asuhan Qaisara dan Qasdina . Nah ..waktu inilah maq peruntukkan untuk merehatkan otot dan urat saraf .ahha maq memang kena rest sebentar kot ,kalau tak nanti boleh "jem" tenaga yg ada ni . Sementara tunggu Qiqi dan Auff balik sekolah , lazimnya maq akan menuntun tv bersama dua baby Q ini , dan pilihan kami sudah tentu astro ceria . Dan siri kartun paling diminati ialah HAGEMARU. Kenapa hagemaru ? Selain dia punya " 10 pekara pelik hari ini" ,  hagemaru juga punya personaliti tersendiri .Dimana dia guna kan akal dan kecomelannya itu sebagai aset untuk membantu kedua orang tuanya . Biarpun dia masih kanak kanak , namun ' idea' dia memang meletop ! Banyak usaha yg dilakukan utk  hidup senang sama macam orang lain , tanpa mengeluarkan kos dan tidak memeningkan

Maq dihari ke 11 !

Assalammualaikum harini 11.4.2015 , bermakna sudah 11 hari GST di perkuat kuasakan di Malaysia . Maq macam menghitung hari pulak kan , macam lah cukai tu sekejap je ,padahal seterusnya kot. Biasalah benda masih baru , fobia sikit dijiwa . Hehe Ok nak cerita pasal maq melayan GST untuk hari ke 11 ! Harini pagi pagi lagi maq dan suami ,sudah pun meninjau ninjau Aeon Big , pakcik sayur ditaman Koperasi, Nirwana. Semua tempat ni kalau anda orang Batu Pahat , memang popular la kan . Lagi lagi golongan yg berpendapatan sederhana macam maq dan keluarga . Disini lah kami akan berbelanja setiap minggu . Apa yg maq nampak ,di Aeon big , dah takde dah kertas gantung gantung macam minggu lepas yg bertulis " O GST " . Dah macam dulu dulu je ,yg ada cuma tanda harga pada barangan yg ada "offer" .  Tapi pelanggan masih tetap macam selalu dan ini bermakna pelanggan masih mempercayai Aeon Big ! Tahniah ! Masa maq sampai di tempat pakcik jual sayur ditaman Koperasi tadi

Panggilan temuduga SPA kali ke 3!

Assalammualaikum Harini 6.4.2015 ! Letih fikir pasal cukai cukai tu , hehe jom maq nak kongsi pasal anak maq pulak . Anak dara fikir pasal GST tak agak agak anda? Hehe diaorang sebenarnya memang kena AMBIL TAHU ,kalau tak duit nanti entah kemana mana je dihabiskan . Eh melalut pulak . Ni la ,anak maq si Ety ni ,harini ( pagi tadi) dia telah menghadiri temuduga untuk LATIHAN SEPARA PERUBATAN oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam , Malaysia untuk jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia . Banyak jugak senarai jawatan yg ditawarkan : -Latihan juruteknologi makmal perubatan -Latihan jururawat -Latihan penolong pegawai perubatan -Latihan penolong pegawai kesihatan persekitaran -Latihan jururawat pergigian -Latihan jurupulih anggota -Latihanjuru x-ray -Lathan penolong pegawai farmasi Banyak tu...tapi anak maq pilih jururawat , kerana dia memang berminat katanya. Perjalanan selama 2 jam ke blok A ,Wisma Persekutuan ,Jln Air Molek ,Johor Bahru , telah bermula selepas subuh p

Senarai barangan yg kena dan tak kena GST

Assalammualaikum Seseorang  telah menghantar senarai barangan runcit yg kena dan tak kena GST kat whatsapp maq sebentar tadi . dia beri selepas baca entri maq yg sebelum ini .Dia kata kalau sumber yg dia dapat tu tipu ,makanya menipulah dia ,so awal awal maq minta maaf kalau ada senarai yg silap dibawahni ye . Mari tinjau tinjau senarai tu . Yang bertanda  tu maknanya kena GST ,dan yg kosong je tanpa tanda adalah  0 GST . Itu untuk barang barang dapur sahaja . Untuk perabut ,pakaian ,barangan elektrik dan lain lain ,maq tak dapat info lagi untuk dikongsi disini . 

Maq ke Aeon Big ,GST?

Assalammualaikum Maq nak kongsi kesah semalam ( ahad 5-4-2015 ) . Pertama kali maq keluar cari  lauk selepas 4 hari GST dijalankan dinegara kita . Maq pergi beli lauk dimana ? Mula tu maq nak pergi beli sayur sayur borong kat pakcik yg panggil maq dengan nama " Sue " . dia selalu jual sayuran dihadapan Taman Koperasi ,Jln Kluang ,Batu Pahat .  Murah ke mahal?? Kalau tak sampai 2 jam sayurannya dah habis dijual ,anda rasa murah ke mahal? Dan semalam baru pukul 8 pagi ,selalu masih separuh tapi kalini ,habis licin ! Yang tinggal tong tong ikan yg suda ditelungkopkan bersusun untuk dibawa balik . Sayur habis ! Ikan pun habis ! Hurmm ... takde rezeki maq. Kemudian maq pun menyusur meneruskan perjalanan ke Aeon Big ,nampak lengang pagitu , mungkin kesan GST ( detik hati nakal maq ) tetapi bila melangkah masuk kebanyakkan barangan sudah ditanda dengan kertas harga yg bertanda 0 GST ! mana mana yg ada GST  tu maq tak nampak pulak . Yg maq nampak ... ayam dijual dengan

Maq dan GST

Assalammualaikum Dah pun masuk hari kedua bulan april 2015 .bermakna juga dah dua hari GST berlangsung di Malaysia . Apakah GST  dimata maq ? "GOMEN SERVICE TAXS" kan? Ala gitulah lebih kurang ,lelebih maq tak tahu ,maklum pelajar lepasan SPM  je maqnie ni. Lagi pun maq mudah nak paham kalau ayatnya macam tu . So simple ! Eh kalau cakap melayunya ianya berbunyi "CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN "  betul tak ? Mulanya maq fikirkan semua barang kena cukai , rupanya mula mula macam tak semua tapi akhir akhir nanti pasti semua . Sebab ramai orang ambil kesempatan atas  cukai perkhidmatan kerajaan ini . Daftar atau tidak , masing masing main bedal je cakap GST . Ada sesetengah kes  tu ,GST  dia dah jalankan tapi bila ditanya resit ,boleh pulak  cakap belum pasang lagi . Ishh nak kaut untung laju tapi syarat syarat utama lambat pulak  nak ikut . Apa yg maq bimbang  sekarang ni , apalah nasib orang orang tua yg tak tahu apa apa pun  pasal GST  ni , bagaimana la dia