Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Maq tak kuat pendirian??

Assalammualaikum Hati maq cepat berubah? Pendirian maq tak tetap ? Ok la , demi anak anak asuhan , maq mengalah hurmm Tak sempat pun sebulan maq tutup akaun astro , akhirnya maq akur yg astro memang kena aktif semula diruang tamu rumah ini . Rasa kasihan bila anak anak kecil tu nak tengok saluran kegemaran mereka " astro ceria " antara sebab  utama maq buat akaun baru astro . Masing masing ada siaran kegemarannya , Qaisara ~ chacha chi chi Qasdina ~ upin ipin Qiqi ~ ultraman Auff ~ semua layan ,asalkan katun Kesiankan kalau takde siaran siaran tu kat tv. Mereka mesti bosan ,dan bila dah bosan ,main sekejap sudah mula bertengkar . Maka astro kena buat u -turn la kat rumah maq. Kalau dulu akaun atas nama suami , kali ini ianya didaftar atas nama maq pulak . Nampaknya memang tiada charge pun yg dikenakan . Apa yg diterangkan oleh pegawai perhubungan astro di BP mall haritu , maq dah melanggan astro selama 10 tahun ( sejak 2005 ) diam tak diam kan ,ulang ,ulang

Malam kejutan buat suami

Assalammualaikum Pada 27haribulan Mac lalu , maq dan anak anak ada  buat kejutan buat suami tersayang . Kerana tarikh tu merupakan harilahir beliau yg ke 49 tahun . Huhu tua sudah , tapi makin tua makin sayang seh hehhee . Bila usia dah tambah , uban dah memutih dikepala , mesti rasa singkatnya masa berlalu . Apa pun , selamat hari lahir  buat suami ku Encik Osman Muhamed . Seorang suami yg pendiam tapi penyayang dan rajin kemas rumah . Uishh siapa tak sayang sangat sangat kalau suami rajin membantu buat kerja rumah . Alhamdulillah . Anak asuhan maq yang paling manja dengan beliau ( qiqi ) turut sama nak join potong kek , haish layankan jelah kan , padahal birthday qiqi 14haribulan julai nanti , berlakon jelah tu .  Menu pada malam kejutan itu , Kek aiskrim vanilla pizza mushrom ,daging dan ayam sup mushrom roti butter coke aik ?! Birthday boy buat " duck face " la pada gambar yg last tu hehhee . Sempena hari lahir itu , harapan m

Bila maq ber whatsapp dengan anak anak

Assalammualaikum Bila anak anak dah besar panjang , maq  dah mula paham ,apa cara yg nak dekati mereka . Maq dan anak anak perempuan maq  , memang dah tak macam ibu dan anak , tapi kami ni umpama kawan karib (close friend) sebab pada maq , itu je cara yg buat mereka sentiasa ingat maq untuk tiap apa juga hal yg mereka lakukan . Kalau maq sertakan beberapa bukti dibawah ni , mungkin anda terkejut ,kerana ianya adalah perbualan maq dengan anak anak maq diwhatsapp . Jangan pulak anda tiru kalau ianya nampak macam tak elok atau kurang ajar . Tapi inilah gaya maq berinteraksi dengan mereka , dan mereka pun nampaknya  ' merelakannya ' . Atas tu texts dari anak maq yg sulung , tengok je ayat dia yg last , adake patut dia tanya maq lagu selimut tetangga ??? Lagu selimut putih pembalut badan pun maq tak berapa nak hafal . Nahh ...ni texting dengan anak yg nombor 2 , tengok je apa yg dia nak ? Padahal dia tau maq dia bukan ada lesen memandu , tapi tetap ajak 'd

Hanya meluah yg merapu

Assalammualaikum Dunia makin kejam pada isinya , kekejaman itu berpunca dari penghuni dunia itu sendiri . Bila jiwa tamak , nafsu meluap luap , sejenis mahluk dipanggil manusia mula takbur dengan dirinya , dengan harta bendanya , dengan pangkat dan kuasa yg ada padanya . Semua aksinya umpama dunia ini dia yg cipta , tanpa menghiraukan apa kehendak segelintir manusia yg berada disekeliling . Paling tertekan ialah manusia yg digelar orang bawahan . Tak kira berapa dia jauh kebawah , dia tetap ditindas . Lebih lebih komuniti yg kurang ilmu dan harta , makanya merekalah sasaran peluru si penindas. Belas simpati ,rasa kasihan , timbang rasa bukan lagi pegangan dijiwa dan minda . Meraung kuat mana pun , golongan kau masih kekal ditindas . Ucapanmu ,rintahanmu dihempas , hanya taburan kecaian harapan yg mampu kau lihat akhirnya . Sedang hakikatnya ,kau, dia ,mereka  sama saja darahnya dengan penindas hidup itu . Merah menyala warnanya  , hangat dan airmata kalian masih kekal jernih .

Tanjung Puteri

Assalammualaikum erk .. Pasal negara jiran lagi ke maq?? Haha ye kot ? tapi kali ni bukan pasal rasuah tapi maq nak kongsi kenangan sepintas lalu semasa maq ke Tanjung Puteri minggu lepas tu . Eh ! Tanjung Puteri kan sebelah Singapura kan ? Hehehe udah udah le tu nak oiii ... Nah ..tengoklah  maq dah pandai jimatkan ruang entry untuk fit kan gambar jadi satu ! Hehehehe serik dah letak gambar banyak banyak lepas tu lesap .Hurmm .. nak salahkan siapa kalau tak kelalaian diri sendiri. Jap , nampak tak pokok-pokok yg kehijauan di belakang maq bergambar 4 orang kat  tu??? Pokok tu ialah deretan utk pokok yg ada dalam gambar bawah nilah ! Ahhaa So ... memang ketika tu maq nak cakap yg maq dah nak sampai dah ke Singapura tu . Dan teringin sangat sangat nak pergi sana , nak pergi rumah makcik, sepupu *keluarga sebelah ayah dan ibu* Dan , bila maq masukkan gambar ini di instagram, sepupu maq dari Singapura ada beri komen ,dan ini ayat balas utk komen dia tu   "Adik t

Hebatnya pendidikan Hebat lagi hasilnya

Assalammualaikum Nampaknya ini entry kedua maq mengenai negara jiran kita , Singapura . Kalau anda nak tau , dalam gambar tu yg bangunan mencakar langit tulah Singapura . Maq pergi Singapura ke ? Taklah , gambar ni maq ambil ketika kami sekeluarga berpeluang ke Tanjung Puteri , Johor Bahru ,minggu lepas . Tengok ! Dekat dah sangat kan , kalau berenang mungkin tak sampai setengah jam sampai dah tu , tu pun kalau takde jerung ! Hehe selat Tebrau mana ada jerung , kat daratan ni banyak lah huhu gurauuuu Pernah maq terfikir , bagaimana negara jiran sehampir itu , tiada kes penyeludupan berlaku ??? Yup ! Inilah kuasa kehebatan ayat yg berbunyi  " jauhi rasuah " . 

Ucapan takziah dari Maq

Assalamualikum harini , insan yg bertahun tahun menaik tarafkan  Singapura dan berjaya menaikkan nya gah dimata dunia telah pun pergi untuk selama lamanya dari semua yg mengenalinya dan yg menyayanginya  . Ucapan takziah kepada seluruh warga Singapura . Mendiang Lee Kuan Yew ,merupakan sorang pemimpin yg paling berjaya di asia tenggara ini . Antara  usahanya yg paling maq banggakan ialah beliau berjaya membenteras gejala rasuah di republik itu sehingga kini . Try lah anda kalau berani hulur duit kat anggota polis mereka ,kalau nak tau apakah jadi kat diri anda lepas tu . Sesungguhnya mereka terdidik hebat untuk menjauhi rasuah dan sekarang hasilnya  mereka terselamat dari gejala teruk tu. Dan ini yg buat maq benar benar 'respek '  , sebab , bukan senang nak halang orang untuk tolak 'hadiah' . eh ,bagaimana pulak dengan negara kita ? Anda mampu menilaikannya sebab ini negara kita . Semua adalah rahsia kita dan semuanya adalah  milik kita , termasuklah maruahnya

Maq dan Sabar

Assalammualaikum Selamat berhujung minggu . 23 hari bulan march 2015 ni , orang Johor akan cuti umum kerana majlis pertabalan  Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pelbagai aktiviti telah dikemas kini untuk sambutan tersebut disetiap daerah daerah dinegeri Johor ini  termasuk juga lah paparan disiarkan dikaca tv slot mengenai negeri Johor . setiap pagi maq lihat di tayangkan di tv3 dan di Tv 9 lelain tv maq macam tak perasan pulak , sebab ?? Hurmm sebabnya tv maq dah tak jelas untuk siaran lain setelah perkhidmatan astro ditamatkan baru-baru ni . Jangan tanya kenapa ye sebab alasannya mungkin saja sama dengan pelanggan pelanggan yg lain tu . Bayar tiap bulan ,tapi ceritanya hampir sama juga setiap bulan . Nak marah pun tak guna sebab nya siaran tv tu kepunyaan mereka bukan milik maq .ada takde sebagai pengguna kenalah bijak buat keputusan walaupun keputusan kekadang tu makan hati sendiri , apa taknya bila pakai antena biasa ,tetiba siaran akan ghaib , masatu betapa sayu

Blogger Pada Pandangan Maq

Assalamualaikum Setiap masa kita disuruh berfikir untuk maju , disuruh berusaha tanpa jemu . Dengan menganggapkan bahawa kita akan hidup 1000 tahun lagi di bumi Allah ini . Manakala kita diwajibkan membuat amal ibadah sepertinya sebentar lagi kita akan mati. Subhanaallah Sebagai blogger yg baru beberapa tahun membebel diblog sendiri , maq sangat berbangga bila mana ramai dikalangan kawan blogger maq dah semakin maju . Kalau dulu ramai dah maju , sekarang ni lagi la ramai yg dah maju . Syukur sangat sangat. Mereka yang asalnya hanya berceloteh diblog sendiri ,sekarang sudah pun diberi kebenaran untuk berceloteh diserata pelusuk tanah air! Kepercayaan ini yg dinamakan HEBATnya dia. Ada yg bersuara di kaca tv ,dimajalah , disurat khabar tempatan dan mungkin aja di surat khabar antara bangsa ? Mungkin saja ,sebab maq tak pernah baca surat khabar luar negara. Hehe surat khabar tamil pun belum pernah baca lagi ... Perkembangan sihat buat arena blogger ! Lagi lagi buat anak a

Kejutan demi kejutan oleh Ety

Assalammualaikum Ini anak dara maq nombor dua ,Ety izzati . 19 tahun masuk 20 tahun , tapi birthday dia bulan 11 nanti ,makanya maq cakaplah umur dia sekarang 19 tahun. Beliau baru je dapat keputusan STPM 2014 .dan resultnya ? Semua lulus dengan 1A dan beberapa B dan C . Tahniah ety . Tentu saja dia nak sambung belajar sebab dia masih muda pada maq . Baru baru ni dia beri satu lagi kejutan ! Dia cakap ada seseorang kawan facebook nya bertanya sama ada ety minat dunia permodelan?  Hahaha ety teruja mendengarnya tetapi bila ety cakap tinggi ety tak sampai pon 160cm ... seseorang tu terus menyepi . a la tenguk pada gambar diatas pun dah tau ety tak cukup tinggi untuk jadi model . Kan?? Its okey ety ..peluang masih banyak didepan . hanya ety perlu rajin dan berusaha terutama dalam bidang pelajaran .  Maq sokong benda baik !

Aida

Assalammualaikum Salam hari khamis buat semua pembaca . "Sekejap je sudah khamis ..hurm " kata anak bungsu maq yg kini berada di tingkatan 1 di SDBL ,Batu Pahat. Maq  tanya dia semula . " kalau sekejap je sudah hari khamis , kenapa ? Takkan nak hari rabu jadi  2 hari pulak " Heeheee ...aida hanya gelak " bukanlah ... malam nanti malam jumaat dan tiap malam jumaat kan aida kena pergi kerumah ustazah untuk belajar yasin . " oh .. elok la tu ..bukan buat apa pun kat sana . Cuma duduk lepas tu buka kitab yasin , baca ! Dapat pahala, dapat ilmu , dapat jumpa kawan kawan , dapat makan ustazah belanja . Kan? Kalau 2 jam kat rumah ni , apa je yg aida dapat ?? Pegang handset , online , chatting , komen moment kawan lepastu bila ter silap komen , jadi gaduh ! Betul tak? Aida cuma senyum bila emak dia sudah mula bermukadimah untuk  meneruskan membebel . Hah ! Lagi satu ni maq nak pesan kat aida , rajin rajin pergi mengaji al -Quran tu . bila nak k

Pemanis Stevia

Assalamualaikum Anda kenal botol apa kat atas tu ke ? Itulah pemanis untuk digantikan sebagai gula oleh pesakit kencing manis . nama produk ini Stevia . Stevia ialah sejenis daun yg manis ekstraknya yg diberi nama steviol glycoside . Kandungannya : kosong kalori Walaupun rasanya 300 kali lebih manis dari gula biasa . Siapa kah yg dicadangkan mengambil stevia ini? Pesakit kencing manis/ diabetes Orang yg sedang diet Orang yg payah nak buang air kecil Orang yg bermasalah insomnia Berapa harganya? Jika anda bukan ahli sebotol berharga rm50 TETAPI jika anda daftar jadi ahli ( rm 120 utk daftar ) anda dapat 2 botol permulaan dan kemudian pembelian seterusnya anda dapat pada harga hanya rm 25 sahaja . Ada maklumat lagi tentang kelebihan menjadi ahli stevia ni .nanti maq kongsikan ye . Terima kasih...

Penghormatan

Assalammualaikum Ucapan ini buat semua kawan kawan blogger dan pembaca yg bergelar wanita . Sejauh mana kita pergi , kewanitaan itu masih kekal milik kita . sehebat mana kita berkata kata , masih ada lagi batasan untuk seorang seprti kita yg bernama wanita . sakit kita , usaha kita , pedih keringat kita , hanya kita yg rasa . apa matlamat utama kehadiran kita ? Menjadi wanita penyayang yg disentiasa disayang oleh insan tersayang. anak , suami , ibu ayah , agama dan masyarakat semua perlukan kita seadanya .jaga keluarga , jaga iman , jaga kewibawaan .Allah maha mengetahui .Wanita serikandi rumahtangga .  Selamat hari wanita sedunia buat semua orang perempuan di dunia . Sekian ...

Maq cuba bangkit

Assalammualaikum Walaupun hati kian hambar bila hampir keseluruhan gambar dari mula blogging sehingga ke 16-2-2015 lesap. Angkara jari nakal maq la puncanya . konon hanya ingin buang gambar yg tak sedap mata memandang rupanya semua jadi tak sedap . hampir 1200 gambar lesap macam tu saja . salah siapa ? Mestilah salah tuan blog . hurm . . maq ngaku la ni. Tapi bila anak anak dan kawan kawan cakap chill maq . anggap je semua ni ada kebaikkannya dan memang tak semua benda akan kekal .makanya  maq kena akur . kalau jari tu gatal nak menaip , taip jelah .lupakan yg dah berlaku tu . lepasni hati hati . jadikan semua ni pengajaran dalam menguruskan blog membebel ini . Ok ! Maq chill lah ni walaupun terbayang bayang diruangan mata dimana wajah anak anak sendiri , anak anak asuhan membesar pada tiap detik demi detik selama 4 tahun . lagi sedih terbayang antara kenangan tempat dilawati , majlis majlis keluarga . kenangan bersama kawan kawan dimajlis agama . aduhh ...sakitnya tu memang

Sedih tapi tetap redha

Assalammualaikum Dengan redha dan pasrah . maq kena akur yg gambar maq dari mula berblog sehingga ke awal bulan februari 2015 telah terpadam 99.99% .maq rasa sangat sedih tapi nak buat macamana lagi...benda dah jadikan redha je la .hurmm ... Moga ada hikmah disebalik semua ini . amiin ya Allah .