Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Pengasuh dan timbangrasa

Assalammualaikum ... Sabtu yg  tenang kali ini . anak asuhan cuma dua orang yg dijaga . sekarang ni memasing dah besar , makanya selepas sarapan pagi , maq akan lepas kan je mereka bermain dianjung rumah . tapi masih kekal kena pantau sebab kanak kanak ni kalau dah main , lupa segala termasuklah keselamatan mereka . Bila dapat tempat dihati parent , diamanah kan untuk menjaga anak mereka , maq  rasa bersyukur sebab mereka percayakan maq dan ahli keluarga maq . apa yg penting  kerjasama dari semua pihak . pihak keluarga bayi dan pihak keluarga maq . bila dua pihak ini bergabung , insya allah bayi  akan selamat dan sihat seadanya dgn izin Allah . Apa yg kita nak , jangan lah anggap rumah pengasuh sebagai rumah kebajikan , lepas hantar anak , kemudian tinggal kan je si anak  terkontang kanting tanpa  hiraukan apalah keperluan anak dirumah pengasuh . pengasuh hanya menjaga dan mengurus , bukan menyara mereka sebagai tanggungan tambahan . dan pengasuh pula jangan lah  menganggap ba

Perempuan dan Marah

Assalammualaikum .. Panas hati , panas telinga, sakit hati , itu semua antara unsur unsur api kemarahan yang sering menghantui jiwa manusia . Pada pengalaman maq , perempuan dan kemarahan memang tak dapat dipisahkan .terutama bila hormon " estrogen" dia dah aktif . (biasaannya beberapa hari sebelum haid )  mereka cepat sangat terasanya.Ada takde orang yang paling hampir akan jadi mangsa . terutama suami dan anak anak (untuk perempuan yg sudah berkahwin ) Kalau lelaki yg tak suka ambil kisah pasal  hal hormon aktif ni , mungkin dia akan give up kalau pasangan dia asik nak naik angin je . kejap cool ... Kejap hot ! Naik angin dan pengaruhnya bermula daripada : Ranking pertama bermula pada  usia Remaja belasan tahun. Kedua ialah gadis gadis yg sedang lena dalam percintaan . Ketiga ibu ibu muda yg baru nak belajar jaga anak dan urus rumah tangga. Keempat  perempuan lewat 40an yg dah letih jaga rumah tangganya .Kebanyakkan usia begini mereka lebih suka memendam per

Dugaan pengasuh 2

Assalammuaaikum .. Dugaan sebagai pengasuh ( baby sitter ) hanya insan sejawatan dengannya saja yg tahu . orang lain mungkin menganggap kerjaya ni biasa biasa je sebab kerjanya sama je macam jaga anak anak sendiri kat rumah , senang je kot ?! huhhu sebenarnya kerja pengasuh bakal jadi mudah jika ibubapa bayi  tu tau  bagaimana menilai penat letih jaga budak. sepanjang pengalaman maq , walaupun tak semua , tapi masih ada yg anggap satu satu hal itu adalah  pekara yg remeh . sedangkan ianya bakal mengundang masalah pada orang lain yg hendak menjaga anaknya nanti . contoh nya lah kan , kalau kita dah tempah seseorang pengasuh ketika bayi masih lagi dalam perut . makanya secara automatik kita akan tau jugak , " ahh ! anak aku akan dijaga orang bila aku keluar berkerja nanti " so apa perlu dibuat ?? bila anak dah lahir , ajarlah anak kecil tu menyusu guna botol . sayang susu badan? ok ,takpe ... selang selikan penyusuan susu badan dgn penggunaan botol , dgn cara men

Hari ke 6

Assalammualaikum alhamdulillah harini hari keenam maq mengasuh Dina ,baby yg berusia 15bulan tu . nangis ? hehhe pagi tadi je nangis kejap masa mama dia hantar .mungkin dia sayu hati nak lepaskan mama pergi kerja . keceriaan dina teserlah bila dia dah nak makan ,minum dan mandi dengan tanpa menangis atau meraung raung kat maq . tak seperti sebelum ni , bila ajak dia mandi ,pastinya dia akan menangis dan menangis . hehhe lagi satu hal yg pelik , kata mama dina , dina tak tidur dalam buaian tapi tengahari tadi ,dia sungguh sungguh merengek rengek "nak  do" maksud nak tidur .dan bila maq masukkan dia dibuaian . ha ah ! memang dia tidur laaaa ... alhamdulillah ,Allah dah permudahkan urusan maq hari ini . terima kasih Allah ~

Cabaran Pertama Sejak Jadi Pengasuh

Assalammualaikum Nampak kan maq dah sangat tidak aktif diblog kebelakangan ini . Bukan malas tapi oleh kerana tugasan harian dah makin bertambah maka aktiviti membebel kena stopkan sementara . Tapi  apa aktiviti maq pada awal 2015 ni? Memandangkan anak bungsu dah kena masuk sekolah sesi petang , maq kenalah siapakan masakan tengahari seawal mungkin . Makan tak makan tu tak kisahlah yg penting makanannya sudah terhidang dimeja sebelum dia pergi kesekolah nanti . Sambil masak , tangan ni sempat lagi cuci baju ,angkat baju , lipat baju , ini antara aktiviti kalau anak dara yg berdua tu pergi kerja pagi . Kalau tak, semua tu mereka yg uruskan ,Alhamdulillah Sambil cuci baju , sempat mop lantai ,menyapu ,kemas rumah dan tunggu anak asuhan datang pada pukul 8:15am ( paling awal setakat ni ) Tahun ni maq dapat sorang lagi anak asuhan yg berusia 1tahun 3 bulan. Besar dah . tapi disebabkan dia dah besar , dah kenal orang , memang agak payah untuk sesi suai kenal . Apa yg menarik

Tupperware daftar percuma jek

Assalammualaikum Pagi yang indah . alhamdulillah untuk tiap nikmat dan rezeki dari Allah untuk kita selama ini .hari ni maq free sikit sebab anak anak semua cuti .sambil masak boleh naip entri hehe. kain baju ? anak daro kan ado . hehhee ada something nak kongsi kat semua . sempena tahun GST ,  tahun dimana minyak turun harga tapi  barang tetap naik harga . maq terpaksa jugak ambil inisiatif lain untuk tambah income , eh! betul ke ejaan tu haha okk ambil cara lain , untuk tambah pendapatan . selain jadi pengasuh ,maq  memang  kena cari rezeki dgn jalan lain . baru baru ni maqkan  ada join TUPPERWARE ! Alhamdulillah agak memberangsangkan  setakat ni . dan untuk bulan januari2015 , sesiapa yang beli set  dibawah ini  ,  secara automatik dia telah menjadi ahli tupperware dengan sah . dan tidak perlu bayar RM 70!  set dibawah ni harga asalnya berjumlah RM 433.90 tapi kali ini ianya hanya RM280 ! wow !! dan jika anda beli dengan maq ,Maq ada cara pembayaran mudah untuk anda . bagai

Pesan Maq"jangan over"

Assalammualaikum .. telah diketahui , applikasi  whatsapp banyak telah dimuat turun dihandpon rata rata rakyat Malaysia zaman ini . jika anda menggunakan whatsapp sebagai medan untuk berinteraksi dengan sahabat jauh , saudara mara terdekat , rakan niaga , group group yg awesome , dan sebagai  sumber tempat  rasa cinta diluahkan. hati hatilah. kenapa kena hati hati? taksemua gambar yg anda kirimkan itu disenangi oleh penerima . mungkin anda tak perasan yg gambar itu telah 'menghengkan' handpon orang lain .dan jugak memenuhi galeri handpon nya yg mana hanya mengikis data dengan kelajuan maksima . hilang kisah nak berseronok , maka akan timbul pulak rasa tidak selesa pada sebelah pihak . lainlah jika gambar gambar tu ada meninggalkan nostalgia ,mungkin penerima redha , tapi bukan semua gambar punya nostalgia , ye tak? mungkin ada yg kata , ala kan boleh ' delete '  tapi bayangkan jika kawan kita tu 3 hari tak on data . dan dia mempunyai group whatsapp yg sangat

Bangga untuknya

Assalammualaikum .. Ahad dan maq cuti ! di Johor tak semua rakyatnya cuti ahad , ada jugak jumaat atau sabtu . dan ada jugak yg cuti penuh seminggu , eh ! siapa tu ? hehe orang yg tiada pekerjaan lah . siapa insan manis disebelah maqnie tu ? ( bertudung merah ) .ye ,itulah nenek maqnie . Puan Hajah Fatimah . kalau anda nak tahu , 31.12.2014 lalu usia beliau mencecah ke 83 tahun ! alhamdulillah ... Allah masih beri beliau kudrat untuk meneruskan melakukan amal ibadah dan tugas seharian . lagi maq bangga , dalam usia sebegini , beliau masih lagi mampu berniaga kuih untuk mencari wang saku nya . walaupun anak cucu ada beri saguhati buat beliau , tapi beliau tak biasakan diri dengan hanya mengharap duit dari anak, cucunya. dan lagi buat maq rasa bersyukur sangat sangat , dalam usia 83 tahun , beliau TIDAK mempunyai apa apa rekod penyakit orang zaman sekarang pun , apa penyakit orang zaman sekarang ? ye penyakit 3 beradik kata orang (darah tinggi , kencing manis ,jantung

Simpati dalam diam

Assalammualaikum lama dah blog maq sunyi . menjelang tahun baru ni ,idea membebel macam kering . mungkin kah akibat terlalu banyak dugaan yg datang . sampai kering idea maq ? " kata orang , kalau tak tahu , diam lebih baik " tu yang maq berdiam diri tu kot  . hehe taklah, takde kena  mengena pun . sebenarnya diam ni hanya sebab rasa simpati kat mangsa mangsa banjir yg mana kita tahu begitu besar dugaan buat mereka kali ini . biarpun maq takda sesiapa diutara sana , tapi setiap kali menatap gambar gambar mangsa menanggung kesulitan , makanya tiap kali itulah air mata maq turun . mungkin tak sederas arus banjir , tapi air mata itu memang ada . ini lah namanya simpati .biar pun ada menghulurkan sumbangan tapi itu masih tidak memadai bagi maq untuk meringankan beban mereka . disini hanya doa  yang berterusan yg mampu maq sertakan agar negara Malaysia kita yg tercinta ini akan dijauhi dari segala bencana  didalam tahun 2015 ini dan seterusnya .tak sanggup maq lihat