Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

bola

Assalammualaikum 1 November nanti pasukan bola Johor Darul Takzim akan beraksi di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir menentang pasukan negeri Pahang Darul Makmur untuk merebut piala Malaysia 2014 . Alhamdulillah sekali lagi kedua dua pasukan ini berjaya keperingkat akhir ! kalau dah jodoh tak kemana ye tak ?eh ! maq minat bola sepak Malaysia  ? jujur cakap ,dulu memang tak minat  ,masa belum adanya team Harimau Malaya tu . lepas muncul Harimau Malaya ,selang beberapa tahun muncul pulak team club JDT , ok ,seriously barulah maq minat  bola . kalau dulu sebelum adanya Harimau Malaya ,maq tenguk bola pun boleh terlelap tau haha , tapi sekarang tidak lagi . malahan tak reti duduk dibuatnya  .kejap baring ,kejap duduk bersila ,kejap tiarap ,aduhhai kejam betul kan orang tua ni menuntun bola  ? tu anda belum dengar dia membebel depan tv lagi tu ! kalau anda join maq tenguk bola di depan tv ,mungkin saja suasana nya macam kat Stadium Bukit Jalil tu hah ! haha sejak dari zam

hadiah maal hijrah

Assalammualaikum Bila melihat naskah al~ Quran maq dah mulai kusam, mungkin disebabkan ianya sudah berusia lebih 15 tahun digunakan . maq berniat untuk menggantikannya dengan naskah yang baru bila dapat gaji bulan depan ni . namun apa yg mengejutkan , petang tadi ustazah maq ada memberitahu di group whatsapp   'Izan's al~Quran Student'  iaitu ada al~ Quran akan diberi kepada sesiapa yg mengikuti rombongan ke Pusat Pelupusan Al ~Quran tempuh hari . gambar ihsan dari group whatsapp yang sebenarnya maq memang tidak dapat menyertai kumpulan al~Raudah pergi melawat ke pusat pelupusan tersebut ,namun tempat maq telah digantikan dengan dua orang anak perempuan maq. Ety &Farahin Alhamdulillah dan malam ini maq telah pun dapat membaca surah al~Quran dengan naskah  yang baru ! Alhamdulillah ya Allah ... Kaulah Maha mendengar kepada keluh resah ku selama ini . syukur syukur syukur ya Allah ..syukur Alahamdulillah ...**maq sungguh terharu saat ni ... Alhamduli

sedar diri

Assalammualaikum salam jumaat buat semua ...tahun 1435 hijrah kian meninggalkan kita . munculnya Muharam di ambang 1436 kini ! apakah azam di tahun baru hijrah ini ? lahai tak payah la buat azam lagi ,ada baiknya  kita kekal kan azam lama tu cumanya pertingkatkan lagi usaha memantapkan lagi azam azam pada tahun yang lepas lepas . sebab masih banyak azam yang tidak terlaksana lagi tu , maklomlah kan azam nya banyak bebeno... hehe tapi maq tak ada azam cuma  sejak kebelakangan ini maq dah mula sedar yang dunia makin tua .makanya jalan untuk menghitung detik tua tu sangat menduga maq . sedangkan selama ini maq asik perasan diri  asik muda je haishh ( sejujurnya  maq sentiasa perasan akan perasaan  ini ) hurmm   **maaf jika aku tidak sempurna  bila aku sedar diri ini tidak sempurna ,aku lebih mudah menangisi pada saat bersendirian disisiNYA .menginsafi pada kejadian yg sudah sudah . dimana selama ini aku lebih banyak menghabiskan waktu dengan sia sia. memerhati kesilapan orang .memp

sedekah

Assalammualaikum Anda suka  bajet ? mestilah maq pun bajet bajet sekarang ni .... firstly dalam hidup ni kita kena bajet pasal makan dulu   . sebab keperluan ini  selalunya kita sengaja tutup mata dan seterusnya jadi pemboros . kerana  nafsu makan sangat power ! betul tak ? padahal kita tahu makanan yg kita ambil tu kadang kala adalah berbahaya buat kita .kita tetap nak telankannya . contohnya : kekerapan makan makanan segera bagi seorang pengidap darah tinggi . kekerapan makan makanan manis bagi pengidap kencing manis . kekerapan makan makanan laut bagi pesakit gaot ,pesakit kulit. dan ada banyak lagi penyakit dan pesakit di Malaysia ni yg maq tahu tapi sengaja tak mahu tulis . sebab maq yakin anda semua tahu akannya . kenapa kan? dah tahu tak boleh makan kita masih ambil makanan tu ? ada yang cakap : ala,selagi boleh makan ,makan je lah ,nanti dah mati tak makan lagi dah semua tu . ada yg cakap : tak makan pun sakit ,makan pun sakit ,lebih baik makan ! ada yg caka

kisahnya anak

Assalammualaikum Salam jumaat buat semua  .Sebagai seorang perempuan yg bergelar isteri ,selain diamanahkan mengandungkan dan melahirkan anak , kita ada satu lagi tanggungjawab kepada anak kita iaitu mendidiknya. anak yg diajar dengan kemewahan akan membesar dengan cara hidup yg mewah anak yg diajar dengan kesederhanaan akan membesar dengan gaya hidup yg sederhana anak yg dah biasa hidup susah dia akan membesar dengan jiwa yg kuat dan sabar ! Sebagai seorang anak yg dilahirkan di kawasan kampung pada 1969 dahulu ,maq tak pernah ketinggalan untuk belajar jalan hidup yang pelbagai ragam . pada maq tiap yg kita tempuhi dulu dulu itulah pengalaman yg berguna untuk masa depan  .Tapi bagaimana dengan karenah anak  zaman sekarang ? Harini  Aida ...  anak maq yg baru lepas habis exam UPSR , baru sehari cuti  dah cakap bosan dah duduk rumah . dia ajak kakak nya yg nombor dua tu jalan-jalan shopping mall untuk 'servey' hanset katanya .Padahal dia dah ada pun hanset ,tablet d

Selamat hari lahir abah

Assalammualaikum Minggu ni agak busy sikit ,entah kenapa rasa macam tu maq pun tak tahu tapi memang tak sempat nak berblogging ,blogwalking and asik bergobblog je kejenya ... hehe Semalam birthday abah . tahun ni genap umur abah 73 tahun  ! Alhamdulillah Allah lanjut kan usia abah . dengan kesihatan yg sangat memuaskan . Abah dapat teman mak  berniaga . Abah dapat tolong jaga cucu kesayangannya yg dua orang tu . Abah dapat menghindarkan diri dari tabiat yg mana orang lelaki di Malaysia banggakan tu ! ye  abah BUKAN PEROKOK ! malahan bukan je abah tapi anak lelaki tunggal abah pun abah tidak galakkan merokok dan akhirnya 2 beranak ini bebas dari rokok ! syabas ! Serious maq bangga sangat tentang ni ! bukan apa lah kan . Dulu dulu orang cakap ,orang yg merokok ni cuma jaga badan biar tak gemuk ! tapi setakat ni abah tak pernah gemuk pun  . maintain je maq tenguk . malahan abah bebas dari sakit darah tinggi ,jantung abah sihat jugak dan kencing manis pun bukan milik abah  ! syuku

olahkan ikut selera

Assalammualaikum Bila sebut pasal ikan patin di pasartani yg sudah menjadi menu rutin lauk maq dalam setiap seminggu .macam macam resepi yg maq dah cuba untuk ikan jenis ini . selain masak lemak cili padi berapi , maq jugak masak goreng berlada , masak sambal bersama tomato . masak asam pedas jugak ! Dan tiap kali menu itu maq cuba , sambutan pelanggan memang memberangsangkan ! Eh ! siapa pelanggan maq tu ? Siapa lagi kalau bukan suami dan anak anak hehehe Namun ada jugak yg cakap ..kan patin sedap dimasak gulai tempoyak??? Maaf ye ..family maq tak makan tempoyak la , maq je yg makan kalau maq masak menu tu nanti . kata diaorang tak sedap nya makan nasik berlauk durian ...hehehe ..kalau dah Johor tu memang Johor la seleranya *asam pedas memanjang* Nak.tengok asam pedas ikan patin pasartani yg  maq masak tu ? Ni hah kat bawah ni .. Ada belimbing buluh Ada bunga kantan Ada daun kesum Ada telur ikan Fuhhh... Mak mertua lalu depan pun tak nampak kalau sedang makan ni ! Ta

bajet lagi

Assalammualaikum Bila bajet 2015 dibentangkan semalam , maq tetap cool . sebab kalau nak hot or bising  bising pun tak guna lagi . dah memang itulah keputusan muktamat ! Surat menyurat tidak akan dilayan . tetapi lautan dalam usah diduga .. Hmm Sebagai rakyat yg dah duduk di Malaysia hampir 45 tahun ni , apa yg maq nak cakap  . kalau kita rasa semua ini  merupakan kesukaran yg membebankan sebenarnya diluar sana ada ramai lagi yg lebih sukar dan lebih terbeban hidupnya .apalah nasib yg akan menjengah kehidupan mereka selepas ini ? Orang atasan sebenarnya kena peka pada kesulitan orang bawahan ni . mereka perlu ingat bahawa rakyat lah yang mengekalkan mereka ditahap sekarang  . kalau kepercayaan dah makin pudar , maq rasa PRU akan datang sangat mendebarkan ! Rakyat pun kalau tak suka dengan pihak pimpin , janganlah terlalu emo sehingga keluarnya kata kata tak elok untuk para pemimpin tu. Sebab semua perangai kita sekarang ni dituntun oleh remaja remaja ,anak anak kecil yg sekaran