Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

sedih dan sedar diri

Assalammualaikum .. Bila buat post guna handset cap ayam sabung ni ..apa yang merugikan maq ialah maq tak dapat nak kongsikan gambar untuk tàtapan pembaca sekelian .sedih je kan . bila maq upload nanti dia cakap : Gambar anda tidak dapat dimuat naik kerana tak lawa ! Hahaha Taklah ...dia cakap gambar anda terlalu besar untuk dimuat naik . hurm.. #maqnie ~ ruginya takde " anak ikan " kalau tak boleh minta belikan handset canggih sikit ...aik??? Hehehe *orang tua tak sedar diri le tu*

jum sahur

Assalammualaikum .. Salam sahur dari maq . Alhamdulillah dapat bangun lagi dengan tubuh badan yang sihat dan dapat lagi diberi izin untuk melakukan ibadah di muka bumi Allah ini . Sahur adalah antara salah satu yang disarankan oleh Allah pada hambaNya sebelum melakukan ibadah puasa . Melewatkan sahur itu sunat . dan tiada sahur selepas jam 10 pagi ye sebab itu bukan sahur , itu sarapan ! Harapan maq ramadhan kali ni maq dapat bersahur dengan anak-anak dan suami tanpa tertinggal. Sebab anak maq yang bertiga tu sering buat alasan lapar  kalau tak sahur ...jeng3x sangat merbahaya situasi tu ! Hehehe .. #maqnie ~ terpaksa setkan dua handset sebagai alarm supaya tak terlepas bangun  sahur . insya allah ...

hati-hati bila berkomen

Assalammualaikum .. Sejak pakai handfone beranroid ni , laman muka buku maq memang  boleh dikatakan sentiasa aktif .Dalam menjalankan tugasan harian sempat lagi bersosial tu cik Peah oii.. hehehe Apa yang menarik nya laman muka buku pada maq ialah  merupakan satu cabang punca ilmu pengetahuan yang boleh di dapati . dapat Mengenali kawan dari luar kawasan sendiri . Mengenali tempat orang dan mengetahui aktiviti kaum keluarga yang jauh di negeri orang . senang cakap laman ni punca pengirat  silaturahim sesama insan . alhamdulillah .. Namun ada yang salah guna bila ianya dijadikan  muka buku sebagai medan untuk " mencari kesilapan orang lain dan memburuk-burukan orang " .. Sedihkan bila kita baca banyak komen yang kurang  cantik bahasanya .paling digeruni laman muka buku ini telah digunakan oleh ramai kanak-kanak sekolah yang sedang membesar . dimana mereka lebih mudah terikut-ikut . Maka ..hati-hati lah bila berkomen sebab nanti dikhuatiri anak kita akan  k

bulan puasa , cuci mata

Assalammualaikum.. Marhaban ya Ramadhan...alhamdulillah Allah bagi peluang kita bertemu lagi dengan ramadhan kali ini . bermakna sekali lagi Allah izinkan kita membuat amal ibadah dibulan mulia ini .terima kasih Allah . Petang tadi disebabkan cuti ahad , maq dan suami berpeluang pergi cuci mata sementara menanti waktu berbuka . cu ci mata dimana ? Mana lagi kalau tak dibazar ramadhan Pesta , Batu Pahat. Tiap bulan ramadhan , bazar disini memang meriah . ekonomi gawat ke , ekonomi stabil ke , barang murah ke , barang naik ke , bazar sini memang meriah . Makanan paling best disini pada maq ialah karipap spesialnya popia basah , air tauhu , nasi kerabu , roti john spesial , dan kuih tako . tapi harini maq tak jumpa benda tu semuanya sebab dah habis . yang dapat cuma air tauhu panas . jadilah dari takde langsung  yg dicari tu kan .nanti mengences pulak huhu ..ish.. Tapi ada banyak yang perlu diambil kira .ahha ...lapar tu lapar la jugak ya tapi nafsu tu hah jaga - jaga tau

bagaimana nanti ?

Assalammualaikum .. Bila melihat anak-anak yang semakin besar . pernah juga maq terfikir sesuatu yang jarang maq fikirkan . iaitu ... Apa akan jadi pada mereka kalau andai dikatakan lah Allah ambil nyawa maq lebih awal ? Bila cakap pasal anak-anak maq . memanglah kesemuanya perempuan . kata orang budak perempuan ni selepas syurga nya dibawah tapak kaki ibunya , dan bila mereka  sudah berkahwin , syurga beralih kepada suaminya pula . Tetapi bagaimana dengan calon  suami mereka nanti ? Mampukah membawa mereka ke syurga ? Membimbing mereka  kejalan yang diredhai ? Menjadikan mereka isteri yang solehah ? Dan akhirnya mengagungkan mereka seperti ibu mithali ? Sekarang ni pun tiap gerak mereka diharapkan pada maq . Maq nak itu .. Maq nak ini .. Maq yang ini boleh tak ? Maq yang ini cantik tak? Maq macamana ni .. Maq yang tu susah la .. Maq masak apa ? Maq nanti tunggu tau .. Maq nanti cari kan eah .. Maq ini untuk apa ? Maq nak guna ni macamana ? Maq tolong buatkan in

bebel sebab sentap dan sentuh

Assalammualaikum .. Ketika terbongkar  kisah anak yang dikurung dibilik sebuah rumah flat diNilai tempohari .pelbagai reaksi dari rakyat tentang kejadian itu . Ramai salahkan ibunya . Ada juga yang salahkan kerajaan . Dan tak kurang juga yang menyalahkan jiran setempat . Dalam hal seperti ini sebagai seorang ibu , maq punya naluri keibuan yang sangat tersentuh. Ketika bila pegawai imegresin beristigfar panjang ketika terserempak dengan adik firdaus buat pertama kalinya tu. Waktu tu hati maq bersuara ...Ya Allah ...apa semua ni ? Terima kasih kerana Kau temukan adik itu dengan pegawai- pegawai  ini . kalau lah  tidak diketahui  , apakan jadi pada adik itu . sejujurnya mengalir air mata maq . lagi-lagi bila melihat mata adik tu yang layu dan sayu ketika dia ditemui . Hati maq tersentuh buat kali kedua bila melihat profile facebook ibu kepada adik tu .sekali lagi maq mengucap panjang bila dapat tahu dia seorang wanita yang cantik , mempunyai pekerjaan yang menarik , dan seor

ayah suka apa ?

Assalammualaikum .. Pada hari bapa yang lepas , anak-anak bingung nak bagi hadiah apa untuk ayahnya . Sebabnya kerana : Kalau beli baju , ayah dia memang cerewet pasal jenis kain nya. Nak beli kan beg dompet , ayahnya baru je beli . Nak belikan jam , ayahnya tak suka pakai jam . Nak belikan kasut , takut ayahnya tak suka pulak fesyen kasutnya . masing-masing pening ..tak tahu nak belikan apa hehehe Bukan mudah nak buat ayah rasa gembira sebenarnyakan. tapi dia ( si ayah ) sanggup bersengkang mata berkerja siang malam untuk keselesaan dan kebahagiaan buat anak-anak dan isteri . Dan sampai keharini anak-anak maq masih lagi terfikir apa yang nak diberi pada ayahnya.. #Maqnie ~ belanja makan makanan kegemarannya rasanya dah mencukupi .

mesyuarat tingkap

Assalammualaikum ... Lokasi : tepi rumah maq Tetamu : cik peah oiii Tarikh : harini .. 17hari lagi puasa cik peah oiii... Aah cik anni ...kejap je kan ...Baju raya tahun lepas baru berapa kali je pakai , dah nak buat baju raya baru  .. Aah ... Berapa helai awak tempah baju raya tahun lepas cik peah oii... Err...saya tukar baju untuk seminggu je cik anni oii... Tahun ni buat lagi untuk seminggu jugak rasanya .....maklom suami kita kan suka jenjalan pegi beraya .... Emmmm... Patut la awak tak rasa puas pakai baju raya tahun lepas ekk ...... Aah cik anni oiii .... #maqnie ~ @#$%&*+ ...bayangkan kalau dia dah raya style macam tu selama 30 tahun ! Uishhh....

kaum yang menguasai

Assalammualaikum ... Maq sedang menuntun Kilauan Emas 4 ! amboii..kemain lagi kawan-kawan sebaya maq tu kan masuk final , suara mereka pun memang hebat-hebat ! dan nampaknya kaum adam memang power menyanyi sekarang ni . menang kalah dapat kereta tu ... huhu .. Bila dah tamat musim kilauan emas ni , akan muncul lah musim musabaqah ,almaklum dah nak masuk bulan ramadhan tak lama lagi . harapan maq ,sekali lagi kaum adam akan menyerikan lagi suasana malam rahmat itu ! haraplah sangat-sangat . kalau menyanyi mereka terror ,kenapa tak terror mengaji ? Kemudian memenuhi masjid untuk terawih .. Ohh memang berbaloi mereka memenangi hadiah di akhirat pulak nanti , bukan je kereta , malahan bidadari lebih cantik dari Erra Fazira pun dapat! Orang perempuan ni lain , karang baru je nak fokus buat amalan dah dibagi cuti seminggu ...dah kena dok diam diam sambil berzikir . Tapi kena terima je la kan itu lah tanda perempuan sejati . Anugerah Allah tu , sape nak bagi .. Iye dok ? Orang perempua

ibu bapa yang baik

Assalammualaikum semalam online facebook tetiba maq terbaca satu status seorang kawan facebook yang mana rasa maq ,dah dua kali rasanya dia update status yang sama . tajukknya bagaimana nak jadi ibubapa yang baik . dia binggung katanya sebab dia belum berkahwin , sedangkan maklumat tu untuk  dihantar sebagai assigment nya pada 21 haribulan nanti sedang sekarang ni dah 9 haribulan .  dah tak lama lagi . bila soalan diajukan distatus  banyak jawpan yang di peroleh .antaranya jawapan seorang ustazah : Ikut ajaran Alquran n Sunnah agr kita ibubapa berada dilndasan yg betol...sebb kita adalah idola pda mereka....insyaallh apa yg kita buat itu la ikutan mereka...moga ank2 kita jdi ank yg soleh n solehah .... jawapan seorang blogger bujang ( perempuan ) ibubapa yg baik ialah : tak suka memakse anak2 , selalu mendoakan ank2nya , suka menasihati anak2nya jika mereka buat silap ,tak mengabaikan tnggungjwp pada ank2 nya , marah tp xmenengking malahan menggunakan psiko utk mende

orang zaman moden

Assalammualaikum .. minggu ni masuk la kita ke minggu pertama dalam bulan jun pada tahun 2014 ini . masih banyak yang perlu diperbaiki dalam mengejar masa yang berlari pantas . selain berusaha untuk maju kan diri , kita kena mengikuti  peredaran zaman yang makin lama semakin berubah. apa yang menarik sekarang di Malaysia ini  , semakin maju negara ,rakyat semakin mundur . bukan mundur pada taraf hidup tetapi pada pegangan hidupnya ,ianya sama seperti kehidupan manusia di zaman batu dulu . kenapa maq cakap macam tu ? lihat je dikaca tv , remaja berkelahi ! seakan-akan sama seperti orang dulu-dulu menyabung ayam  atau seperti pertarungan antara pahlawan di mana siapa menang dialah akan diambil raja sebagai panglima ! kita baca di akhbar , orang buang bayi ! ianya lebih buruk dari membuang sampah ! sedang sampah pun orang kutip untuk di kitar semula ! bayi dilempar kesana sini ,kepala pecah ,badan hancur ,patah riuk tubuh yang masih merah itu diinaya ! mana perasaannya ? mana bel