Assalammualaikum ... sejak kebelakangan ini sering kita dengar kisah -kisah sedih yg meragut nyawa kanak-kanak di Malaysia ini . baru-baru ni 8 orang pelajar mati lemas sewaktu mandi di Sungai Muar ~ Segamat . dalam sehari 8 kematian , didalam 1 kawasan , amat menyayat hati ... sungguh pilu . memanglah sudah ajal . itu pada yg malas nak fikir banyak tapi pada yang rajin memikir ,macam maqnie ni , hati ini tetiba berdetik... hurm ...kenapa la mereka pergi ke sungai yang dah jelas merbahaya tu , maq tengok kat tv pun dah nampak sangat yg sungai tu besar ,lebar dan dalam ! dan ia jelas sekali amat merbahaya buat kanak-kanak yang seusia mangsa . cubalah kalau mereka terus je balik kerumah selepas sahaja berjogging kan .....hurm ...benda dah belaku ...redha je lah . harapan kita keluarga mangsa lebih tabah dan merelakan kehilangan insan tersayang . yg pergi biarlah dia pergi ,yg masih didepan mata ni sentiasalah pastikan mereka berada disituasi lindungan yg sihat dan selamat ...