Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Resah Seorang Ibu

Assalammualaikum.. hai...nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog .. alahai sebenarnya mata dah mengantuk , tapi dik kerana kerisauan  , maka nak tidur pun tak berdaya rasanya . bila anak dara pulang lewat , hati seorang ibu sentiasa gelisah , resah , dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja . aduh inilah hati seorang ibu . Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan maqnie ini menjadi tidak tenang . Bayangkan anak maqnie dikenakan bertugas dengan shif : 8am ~ 4pm 4pm ~ 12am 12am ~ 8am Alahhh memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin.. *mungkin inilah yang ibu maqnie rasa dulu -dulu agaknya ...hurmm...

perempuan

Assalammualaikum . Perempuan ... halus jiwanya umpama sutera cina . kuat semangatnya seperti batu batan di persisiran lereng Gunung Himalaya .  jauh angannya seperti dalamnya dasar Lautan Atlantik .  banyak akalnya seperti  sang kancil yg dibanggakan . Perempuan ... tangisanya senjata , airmatanya suci dan ikhlas ,rindunya jujur . Perempuan .. sanggup berkorban demi anak-anak ,tak kenal letih dalam hidup , berkorban apa saja demi keluarga . Perempuan .. mulia bila aurat di jaga , manis kalau berbudi bahasa , pendidik dia , penawar pun dia. Perempuan punya jiwa , punya maruah , punya hak ..bangganya Maqnie menjadi  perempuan ,bukan sahaja di sayangi suami dan anak-anak ,malahan di sanjungi oleh masyarakat , hanya kerana sopan santun dan budi bahasanya... orang sayang , Allah pun sayang ... insyaAllah~

kecil lain , bila besar lain

Assalammualaikum Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram . petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil . Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini. Tapi ada satu persoalan disini , kenapa apabila sudah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apabila keluar rumah. Mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya? Tak perlu salahkan  sesiapa ,mereka bila dah besar, mereka rasa mereka dah boleh urus diri mereka sendiri. Pilihan mereka pilihan hebat. Itulah hakikatnya. -maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati anak sendiri.

ahmad albab

assalammualaikum leka anak - anak maqnie menuntun filem aruahyarham P. ramlee ' ahmad albab ' rasanya diusia maqnie 7-8 tahun cerita itu dah popular dah , tapi disebabkan kreatifnya pengarah waktu itu , maka hingga kesaat ini cerita ini tetap. menarik !! suara kanak - kanak yg real menangis memang terbaik, watak datuk yg sombong memang hangen dibuatnya , dan sifat kebodoh - bodohan si shawal memang happening !! cuma pakaian bini jin tu nampak tak bergaya la sebab dia berpakaian seksi hehehe ye . . dalam hidup kita kena jujur walaupun ditindas oleh mereka yg kejam dan  sombong .  kekayaan belum kekal lama , tapi kejujuran akan menjamin kita dipandang hebat ! hahha * gelak bapak jin jum sambung menuntun . ... mr  astro ulang filem ni tah dah berapa kali daaaa....

resah menjelang januari

assalammualaikum  hari minggu yg dingin seharian ni , maqnie. dan family macam tak ada apa - apa program seharian ni . katanya ada jualan penghabisan stock di summit prade tapi ... * pejam mata , tutup kan lah nafsu shopping maqnie ni hehehe dalam kiraan dua minggu lebih , anak- anak akan naik sekolàh , maka fokus ibubapa saat ini hanya bajet sekolah ! mana dengan duit buku , yuran , peralatan , pakaian , kenderaan ,ohh semua itu dalam bajet , mohon semuanya berjaya di' settle' kan , insyaallah .. bila maqnie fikirkan ,maqnie  ini baru untuk 2 orang anak , bagaimana dengan mereka yg mempunyai anak yg ramai ..  namun percayalah bahawa tiap anak itu  ada rezkinya Allah je yg maha mengetahui...

maq membebel

assalammualaikum .. salam sedingin angin banjir malam ini , hujan kat luar tu belum lagi teduh , maqnie pun mula naik bosan bila hujan je tv tak boleh nak  tenguk ! haish astro oh astro  apa mau jadi  ? nasiblah kat kawasan rumah ni susah nak nampak siaran , kalau line ok ,siaran tv clear ,  lama dah maqnie tak kenal akan astro ni ,  *maaf , sebab tu maqnie hanya guna package family  ,sekadar guna untuk dapat kan siaran dengan jelas , kalau tidak , jangan haraplah nak sewa benda alah yg berulang-ulang siarannya ini , haish ,nasib badan sebagai pengguna yg kena bayar tiap-tiap bulan tanpa henti , kita memang hendak yg terbaik , namun bertahun menggunakannya , harapan setinggi gunung tu hanya umpama mimpi dalam mimpi ! relakah membuli pelanggan sendiri ? simpatilah kat kami yg masih setia dengan anda !ah rungutan ini bukan nya baru , sebelum ni dah ramai yg bersungut ,namun perkhidmatan nya  masih lagi ditahap yang serupa ~ ok lah sekian saja runggutan yg sia-sia ni  ~ wasalam ~

datangnya hanya menduga

Assalammualaikum hujan yg kerap turun minggu ni , telah  menyebabkan banyak tempat dilanda banjir  ! bukan sahaja negeri Johor , Terengganu ,Pahang  , Kelantan , dan beberapa negeri lain pun turut sama terlibat , semua mangsa yg kediaman nya telah dinaiki air ,telah pun dipindahkan ke kawasan yg selamat . alhamdulillah .. disini bermulanya sekali lagi pihak yg bertanggungjawab menunaikan tanggung jawab mereka  . memastikan keselamatan dan keperluan rakyat  menjadi keutamaan ! janganlah hanya ketika menjelang hari mengundi je baru nak tunjuk muka . jika anda seorang wakil rakyat yg telus sebagaimana  yg di janjikan ketika majlis mesra rakyat sebelum PRU  13 dulu, maka jika sudah ditimpa dugaan begini , sila tunjukkan nya kepada mereka hasil kerja anda , rakyat teringin nak tenguk ! dan ingatlah 5 tahun itu tidak lama , setiap aktiviti yg melibatkan wakil rakyat , silalah  beri perhatian yg sebaik mungkin  kerana rakyat akan menjadi sasaran aktiviti wakil rakyatnya sebagai sokong