Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Nasihat kubur

Assalammualaikum Sekadar mengingati bahawa iblis itu sentiasa berusaha supaya kita akan mengikutinya ke neraka dgn pelbagai cara ! namun begitu tataplah Nasihat Kubur ini :  1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD  2). Aku adalah tempat yang paling sempit,  maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM  3). Aku adalah tempat yang paling sepi  maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.  4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,  5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat,bebaskan sempitan itu dengan SOLAT  6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.  7). Aku ada Munkar & Nakir yg akan bertanya,  maka persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"    Ingatlah sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda,InsyaAllah..

maq dan hujan

assalammualaikum kalau musim hujan ni apa yg sering berlaku : perut sentiasa lapar mata mudah mengantuk aktiviti luar sangat terhad apa yg terbaiknya bila tiba musim hujan : makanan sentiasa diupdatekan anak-anak dara tak keluar rumah suami pun hanya lepak depan tv alhamdulillah... apa yg berlaku memang ada rahmatnya , terima kasih ALLAH  kerana menurunkan hujan dan memberi kebahagiaan pada maqnie dan keluarga ! maq suka bila yg tersayang semua ada depan mata bila hari-hari cuti macam ni . eh ! macam nak tidur pulak tapi baru pukul 9malam hehehe gelojoh pulak musim hujan-hujan gini  !  

kejutan dan tekanan?maq naik angin!

Assalammualaikum...pedih biji mata bila online facebook petang tadi ,rata -rata orang sebut pasal bajet 2014 ! eh termasuklah maqnie ,mengada je nak menyampuk hehe maqnie pun rakyat Malaysia so maqnie pun ada hak untuk menyuarakan pendapat ! tapi rasanya ada banyak lagi pendapat dan pendapatan yg jauh lagi baik dari maqnie ,so maq pun lagi suka duduk diam dan memerhatikan aja . semalam maqnie di beri kejutan oleh anak asuhan dimana dia menyatakan seseorang individu telah  menyoal selidik taska dirumah maqnie darinya ! ye ..tekanan disini ! mengapa perlu dia menyoal anak itu ? apakah dia begitu yakin bahawa maklumat yg dia perolehi itu adalah 100% benar dari kanak-kanak berusia 4 tahun itu ? tak masuk akal ,namun katanya 'kanak-kanak bersikap jujur' ! okey ingin dijelaskan disini selama maqnie menjadi pengasuh  iaitu lebih kurang 17 tahun lamanya inilah kali pertama orang luar berminat nak ambil tahu periuk nasik maq ! untuk apakah ?? apakah dia cemburu pada rezeki yg Alla

24 oktober ,tahniah abang Ayep

Assalammualaikum hari khamis dah kan ,malam ni malam jumaat pulak ! huhu mengada le tu bila tiba malam jumaat? hehehe tadi waktu tengah duduk sambil memerhatikan anak-anak asuhan buat deko dalam rumah maqnie, maksud 'deko' dalam bentuk gambar ialah ini ialah selerak. dan yg sebenarnya mereka ni memang kreatif ! tiba-tiba datang mms dari nombor handphone adik ipar lelaki maqnie ! dan ye itulah wajah anak saudara maqnie iaitu Arif Danial ,beliau menerima sijil untuk darjah khas sekolah agama nya . tahniah Arif atau nama panggilan dalam versi manja iaitu abang ayep ! jadilah contoh yg terbaik untuk adik - adik kamu dan doa dari mak long moga abang ayep akan berjaya dalam tiap bidang yg diceburi untuk kehidupan di dunia dan di akhirat nanti ... aminn . ....

bencinya shopping kalau...

assalammualaikum salam satu Malaysia thanks untuk readers yg bukan muslim yg sudi singgah ke blog maqnie ini dan juga tak lupa pada readers muslim jugak . . . banyak nak fikir  kejap lagi ni ! anda suka shopping ? yes ! siapa tak suka kan ,lagi-lagi kalau awal bulan ,masa tu duit di beg dompet sudah padu ,padat dan mampat ! hehe *naluri orang perempuan memang gini . . haishh bila sebut pasal shopping , ada pekara yg maqnie tak berapa gemar memandangnya !kadang-kadang maqnie rasa macam nak pulang aje kerumah  kalau terlihat suasana itu . apakah agaknya ? jap..tengah ingatkannya ni... ~ suami yg bermuka ketat , memandang isteri yg sedang memilih barang keperluan sambil mendukung anak kecil ! please lah encik suami , kalau rasa anak itu augerah biarlah anda saja yg memegang anak sedang kan isteri anda itu biarkan lah memilih barang ! dan jika anak anda tidak merasa selesa dengan anda , kenapa tidak anda sahaja yg memilih barangan tersebut ? aduhhai tak sanggup maq mel

Jdt vs Kelantan

Assalamualaikum selamat berhari minggu semua rehat-rehat ye harini?  tapi katanya orang utara semenanjung tak cuti pada hari ahad cuti mereka hari jumaat  . . .alhamdulillah bila pun hari cutinya ,yg penting kita kena ada hari yg istemewa iaitu hari untuk beristirehat . tapi hari minggu ni suami maqnie *my mr castelo* kena kerja ..alhamdulillah juga sebab tak de kerja takde gaji maka jika ada lebih kerja ,ianya bermakna lebih la juga gajinya nanti..syukur alhamdulilah . . semalam maqnie tengok bola JDT vs KELANTAN . . apa yg maqnie nak cakap . .maqnie redha je atas tiap keputusan sebab memang tu yg pemain JDT tunjukan pada penyokong mereka ! nak komen banyak-banyak pun tak boleh sebab bukan maqnie yg main . . tapi apa yg maqnie nak katakan sekarang ni buatlah kerja setimpal dengan gaji yg dibayar kepada anda duhai pemain ,kerna bukan maqnie seorang ,malahan berpuluh ribu hati yg mengharapkan kejayaan JDT malam tadi sesungguhnya  ramai yg agak kecewa dengan anda sekarang ni . da

hilang yg bermaruah

assalammualaikum malam jumaat yg indah ini lebih indah lagi jika di dengarkan bacaan surah yasin di rumah dan bersedekah kepada semua aruah kaum keluarga yang telah pergi dulu meninggalkan kita  . tadi masa menuntun buletin di tv3 ,maq amat bersimpati pada kejadian yg meragut nyawa pelumba basikal yg berlangsung di TERENGGANU semalam. kehilangan dengan satu kemalangan merupakan tragedi yang  amat menyayat hati ! apatah lagi kemalangan yg dimana mangsa sedang berusaha untuk menjayakan perlumbaan . ianya memang amat menyentuh hati dan perasaan . tapi kehilangan mangsa ialah kehilangan yang bermaruah ! kerana mangsa bukan hilang nyawa seperti mat rempit yang selalu kemalangan tu, tapi mangsa kehilangan nyawa disebabkan berbuat jasa pada negara dan bangsanya .. . al~ Fatihah ...

Maq, dulu lain sekarang lain

Assalammualaikum budi bahasa budaya kita - mungkin itu dah kerap kali kita dengar ,sejak dari lahir lagi *mungkin* tapi dalam dunia yg serba canggih ni ,ada lagikah manusia ber budi bahasa dan berbudayakan budi bahasa itu ? tengok pada anak-anak yg kian membesar ni pun maqnie dah dapat rasakan betapa sukarnya nak menerapkan budi bahasa mereka agar menjadi kebanggaan bangsanya ! puncanya mereka terlalu dimanjakan ! sejujurnya memang anak-anak maqnie semua maqnie didik dengan tegas ketika kecilnya . lebih-lebih lagi ketika mereka berusia 2 hingga 12 tahun kerana ketika itu mereka masih dipengaruhi oleh teman sebaya dan pengaruh keluarga lagi .  namun ketika mereka sudah disekolah menegah , pergaulan pun sudah bercampur , perkataan yg keluar dari bibir mereka bukan lagi yg maqnie guna di rumah ! kadang-kadang macam-macam ayat pelik yg mereka guna pakai dan tak kurang juga yg buat maqnie tersentap ! kalau lah dizaman maqnie dulu , salah sebut je sudah di sapu cili

kesilapan Menaip tu habit

assalammualaikum manusia dan kesilapan memang tak dapat dipisahkan ,begitu juga maqnie dan menaip diblog .bila dah syok  membebel ,tak perasan yg ayat ada yg silap (typo)  !padahal dah check tu masa sebelum 'publish' entahlah ... agaknya mata otai ni dah makin kurang powernya kot ..padahal sendiri jenis gopoh heee..

1 hb oktober 2013

Assalamualaikum Pemergian September sudah pun dirasmikan  , harini merupakan hari pertama Oktober untuk tahun 2013 !  maq rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menemui bulan oktober tahunni. apa yg menariknya hari ni? ( 1 hb oktober 2013 ) ~ anak sulung maqnie menjalankan trial exam dia untuk kertas pengajian am . Sebagai seorang ibu ,maq akan sentiasa mendoakan kejayaan untuknya dan untuk adik-adiknya juga,Moga dipermudahkan urusan along menjawab kertas peperiksaan...aamin. ~ yg kedua harini maq akan menerima seorang lagi anak asuhan .Dia anak kepada teman sekolah rendah maq dulu.Dah lama tak jumpa tetiba boleh pulak jaga anaknya ,sungguh tak disangka .Moga Allah mempermudahkan urusan maq dalam mengasuh anak-anak asuhan...aamin . . alhamdulillah untuk tiap nikmat yg Allah beri .